Page 252 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 252

Lilin  PrOMik  adalah  satu  inovasi  3R  rentetan  daripada  Program  Orang  Minyak
          (PrOMik)  iaitu  satu  program  pengumpulan  minyak  terpakai  yang  dijalankan  oleh
          pihak  Kelab  Eco  Wira  SK  Kijal.  Sebelum  ini  kami  hanya  menjalankan  aktiviti
          mengumpul  minyak  masak  terpakai  dan  menjualnya  kepada  kilang.  Bagi
          meningkatkan  lagi  ilmu  dan  pengetahuan  3R,  maka  idea  membuat  Lilin  PrOMik
          tercetus.

          KE07

                ARTIFAK PENYIRAM AJAIB (MAGICAL WATERING ARTIFACT)

          MEGHAN WEE MEI ERN, LIM ZHIK KAI, CINDY LAI XIN YI, LUCAS CHUA QIN
          YANG, ELISE KONG SHING YIENG, ELAINE TING YING XIN, CHERYL TOUNG
           GA SIENG, EARNEST JOSIAH ERIC, NICK TING VOON HO, NATASHA KOK
                                       JING HUI
                                 SJK(C) Chung Hua Pujut
                    Piasau Lorong 8, Jalan Pujut-Lutong, 98000 Miri, Sarawak
                                  linghuakho@gmail.com

          Artifak Penyiram Ajaib ini adalah suatu  alat di mana kendalian operasi menyiram
          pokok bunga dapat dilaksanakan secara automatik. Hasil pembuatan murid dengan
          penggunaan botol plastik yang terbuang dijadikan sebagai alat siraman automatik.
          Tujuan utama inovasi ini adalah disebabkan ia amat bersesuaian dengan zaman
          yang serba berteknologi ini. Dengan wujudnya Misteri Alat Siram Automatik, kerja
          penanaman flora di kawasan sekolah dapat dilakukan dengan mudah dan efektif.
          Tanaman yang ditanam di rumah dan kebun turut menjadi lebih terurus dan subur
          dengan  sistem  penyiram  yang  automatik  walaupun  tuan  rumah  terpaksa
          meninggalkan  rumah  dalam satu  tempoh.  Artifak  Penyiram  Ajaib  ini  amat  sesuai
          digunakan untuk generasi pada era ini yang sibuk bekerja. Tambahan pula, artifak
          ini  juga  dapat  menjimatkan  air.  Ekoran  daripada  pengurangan  bilangan  pekerja
          sekolah  daripada  9  orang  kepada  4  orang,  maka  murid-murid  tercetuslah  minda
          untuk  menghasilkan  artifak  tersebut.  Kreativiti  murid  telah  mendatangkan  hasil
          yang  memberangsangkan  kerana  flora  yang  ditanam  di  kawasan  sekolah
          mendapat  air  berdasarkan  keperluannya  secara  automatik.  Inovasi  murid  ini
          berjaya  meringankan beban tenaga  pekerja,  khususnya  pembersih  sekolah  serta
          berjaya menanam sikap cinta akan alam sekitar dalam sanubari para murid. Lebih-
          lebih lagi, inovasi ini bukan sahaja mengasah kreativiti murid malah menjadi satu
          medium  untuk  menerapkan  pemahaman  dan  konsep  kelestarian  melalui  aktiviti
          pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta merangsang pencerapan nilai-
          nilai murni insaniah dan nilai keusahawanan di samping memberi peluang kepada
          murid untuk mencuba, menyahut cabaran dan mencungkil bakat mereka. Justeru,
          projek  inovasi  ini  bukan  sahaja  membantu  memberi  kesedaran  tentang
          kepentingan  penjagaan  alam  sekitar,  mendekati  penghijauan  tetapi  juga  mampu
          melahirkan usahawan baharu.
          Kata kunci: meneroka, inovasi merentas mesra alam, sistem penyiram automatik,
                      mengasah  kreativiti,  merangsang  pencerapan  nilai-nilai  murni
                      insaniah




                                                                         248
   247   248   249   250   251   252   253   254   255   256   257