Page 251 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 251

KE05

                        THE JUNIOR GYMNAST BALANCING TOOL

              ELLY SOFEA BINTI BANI, ALIYA HAZIQAH BINTI ABDULLAH, CINDY
          SYAFIQAH BINTI SAID ABBAS, LEE VINYI, FIFI NURSYAFINAZ BINTI FAIZAL
                                  SK Canossian Convent
                            Kg. Abdullah, 85000 Segamat, Johor
                                 pejabatskcc@gmail.com

          SK  Canossian  Convent,  Segamat  telah dipilih  sebagai  pusat  latihan  daerah  bagi
          sukan  prestasi  tinggi  sekolah  (SPTS)  bagi  gimrama  sekolah  rendah  sejak  tahun
          2009.  Kemahiran  dalam  gimrama  ada  yang  memerlukan  penggunaan  alatan
          seperti  reben,  belantan  dan  gelung.  Pelbagai  disiplin  yang  dipelajari  dalam
          gimrama  dapat  dilakukan  dengan  alatan  sokongan  bagi  membolehkan  mereka
          melakukan  kemahiran-kemahiran  secara  bersendirian  atau  berkumpulan.  Majoriti
          gymnast  muda  berasa  takut  dan  gayat  apabila  melakukan  imbangan  pada  tiang
          yang  tinggi.  Murid-murid  yang  terlibat  bagi  gymnast  muda  berumur  7  hingga  12
          tahun. Tambahan pula tiang khusus untuk mempelajari imbangan yang ada dijual
          di pasaran berharga sangat mahal. Pereka Cipta Muda telah mereka cipta satu alat
          bagi mempelajari imbangan pada ketinggian yang rendah, mudah di pasang dan
          mudah  alih  yang  dikenali  sebagai  “The  Junior  Gymnast  Balancing  Tool”
          berdasarkan Ilmu Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Kesenian & Matematik (STEAM).
          Murid-murid  yang  terlibat  dengan  gimrama  seawal  Tahun  1.  Memandangkan
          mereka  mewakili  sekolah  dan  daerah  bagi  pertandingan  gimrama  di  peringkat
          negeri  dan kebangsaan,  mereka perlu menjalani beberapa  siri latihan  di  sekolah
          termasuk mempelajari disiplin imbangan. Alat ini direka cipta khusus untuk jurulatih
          gimrama  dan  gimnastik  menghilangkan  ketakutan  gymnast  muda  dengan
          ketinggian.  Dapatan  menunjukkan  Selepas  tempoh  tertentu  gymnast  muda
          menggunakan  The  Junior  Gymnast  Balancing  Tool,  keyakinan  mereka  terus
          bertambah dan mereka telah bersedia meneruskan latihan mereka menggunakan
          tiang  bar  yang  lebih  tinggi.  Penghasilan  The  Junior  Gymnast  Balancing  Tool
          menjadi alat sokongan ansur maju bagi gymnast muda mula menguasai kemahiran
          imbangan pada peringkat permulaan. The Junior Gymnast Balancing Tool dibuat
          daripada  paip  PVC  yang  lebih  fleksibil,  kuat,  murah  mudah  alih  dan  mudah
          disimpan.  The  Junior  Gymnast  Balancing  Tool  adalah  ekonomi,  praktikal  dan
          mesra pengguna.
          Kata kunci: SPTS, PVC , Gymnast Muda, Imbangan, Kelenturan

          KE06

                                     LILIN PROMIK

            QHALESA ANNUUR BINTI MOHAMED SOBHI, CHE WAN NUR HASYIMAH
           BINTI CHE WAN ABD AZIZ, SERI AISYAH HUMAIRA BINTI MOHD KHAIRIL,
                NURAFIQAH BINTI AWANG, DAN SITI AISYAH BINTI MOHAMAD
                                Sekolah Kebangsaan Kijal
                               24100 Kemaman, Terengganu
                                   palai49@gmail.com


                                                                         247
   246   247   248   249   250   251   252   253   254   255   256