Page 253 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 253

KE08

            KEBERKESANAN CARTA TANGGA BERWARNA BAGI MENINGKATKAN
          KEMAHIRAN MENYATAKAN NILAI DIGIT BAGI SEBARANG NOMBOR BULAT
                          DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN

            LAVANYA A/P RAMO, DARSHITA A/P KESAVAN, JENIFER KRITIKKA A/P
                                     PADAYETTAN
                                      SJK(T) Labis
                             Jalan Sekolah, 85300, Labis, Johor.
                             priyarajendrans1589@yahoo.com

          Matematik  merupakan  salah  satu  matapelajaran  penting  yang  diajar  di  sekolah
          sama  ada  sekolah  rendah  atau  menengah.  Namun,  sering  dikatakan  bahawa
          kebanyakan  murid  mengalami  masalah  dalam  topik-topik  tertentu  dalam  mata
          pelajaran  Matematik.  Kajian  ini  dijalankan  adalah  bertujuan  untuk  mengenalpasti
          keberkesanan Carta Tangga Berwarna bagi meningkatkan kemahiran menyatakan
          nilai digit bagi sebarang nombor bulat dalam kalangan murid Pemulihan. Pengkaji
          telah menggunakan model Kemmis & Mc Taggart iaitu Tinjauan awal, merancang
          tindakan,  melaksanakan  tindakan&  memerhati  dan  mereflek.  Punca  utama
          masalah  yang  diperolehi  dari  pemerhatian  awal  ialah  mereka  tidak  tahu
          menyatakan nilai digit yang mewakili nombor bulat dalam lingkungan 1000. Mereka
          tidak  tahu  menulis  nilai  digit  dengan  bilangan  sifar  yang  betul  serta  tidak  mahir
          untuk membezakan nilai tempat dan nilai digit. Maka,  untuk menangani masalah
          tersebut saya telah membuat satu inovasi yang bernama Carta Tangga Berwarna.
          Disitu saya telah reka suatu bentuk Carta tangga yang berlainan warna dan size.
          Ujian  Diagnostik  Matematik  dijalankan  bagi  mengenalpasti  secara  terperinci
          permasalahan murid. Dapatan ujian menunjukkan 6 daripada 6 orang murid kelas
          Pemulihan  gagal  dalam  ujian  Diagnostik  menyatakan  nilai  digit.  Maka  bahan
          inovasi  Carta  Tangga  Berwarna  diperkenalkan,  hasil  dapatan  diperolehi
          menunjukkan 6 orang murid pemulihan tersebut dapat menyatakan nilai digit serta
          dapat  membezakan  nilai  tempat  dan  nilai  digit  dengan  betul.  Ujian  pos  yang
          dijalankan menunjukkan 100% murid lulus dalam ujian menyatakan nilai digit dan
          100%  murid  juga  dapat  membezakan  nilai  tempat  dan  nilai  digit  dengan  betul.
          Berdasarkan  dapatan  kajian, dapat  dirumuskan  bahawa,  kemahiran murid  dalam
          menyatakan  nilai  digit  telah  ditingkatkan  setelah  memperkenalkan  inovasi  Bahan
          Bantu Mengajar Carta Tangga Berwarna.
          Kata kunci: nilai digit, murid pemulihan, Carta Tangga Berwarna

          KE09

                            INOVASI TANAMAN HIDROPONIK

              ABINAYAHSRY A/P THANABAL, KAVENESH A/L MADURAIVEERAN,
               MITTISHVAN A/L SEGAR, SHARVIN A/L PRABU, SANJANAA A/P
                                    PARTASARATHI
                                  SJK(T) Batang Melaka
                              77500 Selandar, Jasin, Melaka.
                                  anu_garl@yahoo.com


                                                                         249
   248   249   250   251   252   253   254   255   256   257   258