Page 254 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 254

Projek  Tanaman  Hidroponik  yang  disediakan  ini  adalah  bertujuan  sebagai  satu
          program  yang  dapat  membantu  meningkatkan  pemahaman  dan  mengukuhkan
          pengetahuan  sedia  ada  di  kalangan  murid  disamping  menguasai  semua  aspek
          perkembangan,  kemahiran  asas  justeru  memberikan  pengetahuan  secara
          mendalam  secara  perlahan-lahan.  Tujuan  utama  projek  ini  adalah  untuk
          memberikan pemahaman yang lebih jelas mengenai proses pertumbuhan pokok.
          Menanamkan  minat  murid  dalam  Tunjang  Sains  Dan  Teknologi  melalui  aktiviti
          pembelajaran  yang  berkesan.  Murid  menggunakkan  hidroponik  daripada  bahan
          buangan. Melalui hidroponik mereka yang tidak mempunyai keluasan tanah untuk
          tanaman  juga  boleh  menanam  tanaman.  Semasa  pandemik  covid-19  ini  murid
          boleh meluangkan masa untuk menanam sayuran.

          KE10

                               FUN EXPECTED FRACTION

              RUTHRAVARSHINI A/L VIJAYAN, MAHANYASAI A/P ARUT SELVAM
                                SJK(T) Tanjong Rambutan
                      Jalan Stesen, 31200 Tanjong Rambutan, Ipoh, Perak
                              subramaniamshanti8@gmail.com

          Inovasi dalam PdPc yang dijalankan ini bertujuan untuk mengesan keberkesanan
          pendaraban bersilang dengan penambahan dan penolakan pecahan menggunakan
          aplikasi  telefon  pintar.  Penggunaan  apllikasi  telefon  pintar merupakan salah satu
          alat  teknologi  yang  giat  digunakan dalam  pendidikan.  Kertas  ini  membincangkan
          inovasi yang dihasilkan iaitu teknik yang dapat membantu murid-murid memahami
          prinsip  asas  darab  seterusnya  dapat  menambah  atau  menolak  pecahan  dengan
          menggunakan kaedah yang mudah. Kedudukan sebelum inovasi dijalankan adalah
          seperti  berikut  (i)tiada  minat  untuk  membuat  soalan  berkaitan  pendaraban
          pecahan. (ii) murid berasa bosan menggunakan kaedah biasa atau tradisional. (iii)
          murid tidak dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam TMK. Hasil selepas
          inovasi  (i)murid  berminat  menggunakan  aplikasi  teknologi.  (ii)  penggunaan  TMK
          dalam tugasan yang dihantar. (iii) motivasi murid meningkat. Penggunaan aplikasi
          telefon  pintar  menjadikan  pembelajaran  lebih  bermakna.  Murid  juga  aktif
          menggunakan aplikasi telefon yang sudah biasa pada masa ini berikutan pandemic
          covid-19.  Pembelajaran di rumah menggunakan telefon, komputer atau tablet juga
          memudahkan  murid  menggunakan  aplikasi  telefon  pintar  untuk  menyelesaikan
          soalan pecahan melibatkan penambahan dan penolakan. Ia secara tidak langsung
          dapat  mencungkil  minat  murid  dalam  menyelesaikan  soalan  penambahan  dan
          penolakan dalam topik pecahan.
          Kata kunci: teknologi, inovasi, aplikasi telefon pintar, minat

          KE11

          MENINGKATKAN PENGUASAAN MEMBINA AYAT DALAM MATAPELAJARAN
            BAHASA MALAYSIA DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK  PADANG BOLA
                                      OKABEKA

          DIVESH JEGANATH, NUSIKAA A/P JAYABALAN, NIVHENTERABASKAR A/L
                         RAVINTERAKUMAR, DIVESH JEGANATH
                                  SJK(T) Kangkar Pulai
                                                                         250
   249   250   251   252   253   254   255   256   257   258   259