Page 259 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 259

Keyword:  Sugarcane  Bagasse;  Coconut  Shell;  Husk;  Activated  Carbon;  Dye;
                    Adsorbent

          KE17

                          KIT “LET’S HAVE FUN WITH VOWELS”

                SANGEEDAA A/P SELVENTHIRAN, KUMARESAN A/L SURESH,
                          PRIYADAARSHINI A/P THIYAGARAJAN
                                     SJK(T) Beruas
                             Jalan Beruas, 32700 Beruas, Perak
                               g-10191139@moe-dl.edu.my

          Kit “Let’s Have Fun With Vowels” meningkatkan kemahiran mengenal dan menulis
          huruf vokal dengan betul dalam kalangan murid-murid Tahap 1. Kit “Let’s Have Fun
          With  Vowels”  juga  dapat  menarik  minat  murid-murid  untuk  belajar  huruf  vokal
          disamping  meningkatkan  kemahiran  motor  halus  murid.  Murid-murid  Tahap  1
          masih lemah dalam mengenal dan menulis huruf vokal dengan betul. Oleh hal yang
          demikian, murid-murid Tahap 1 telah didedahkan dengan Kit “Let’s Have Fun With
          Vowels”  agar  dapat  mengenal  dan  menulis  huruf  vocal  dengan  betul.  Hasilnya,
          selepas menggunakan Kit “Let’s Have Fun With Vowels” dalam pembelajaran dan
          pemudahcaraan  (PdPc),  saya  mendapati  bahawa  murid-murid  Tahap  1  telah
          menunjukkan peningkatan yang positif dalam mengenal dan menulis huruf vokal.
          Penggunaan QR code dalam Kit “Let’s Have Fun With Vowels” membuatkan murid-
          murid  sangat  seronok  kerana  mereka  berpeluang  untuk  menggunakan  telefon
          bimbit dan tab untuk mengenal dan menulis huruf vokal dengan betul. Tambahan
          pula,  murid-murid  juga  boleh  menggunakan  dalam  Kit  “Let’s  Have  Fun  With
          Vowels”  dengan  sendiri  tanpa  bimbingan  guru.  Murid-murid  sangat  teruja  dan
          gembira  apabila  memberi  peluang  kepada  mereka  untuk  mengimbas  QR  code
          untuk aktiviti mengenal dan menulis huruf vokal. Oleh itu, Kit “Let’s Have Fun With
          Vowels”  dapat  dikomersilkan  dan  menjadi  bahan  bantu  mengajar  yang  boleh
          membantu para murid dan guru dalam PdPc.
          Kata  kunci: mengenal, menulis, huruf vokal, Kit “Lets’s Have Fun With Vowels”,
                    QR code

          KE18

                               GAMIFICATION IN ENGLISH

               SHARRVIN MARAN, THARANI KRISHNARAO, PRAVIN MURUGAN
                              SJK(T) Ladang Jendarata Bhg. 3
                        Jalan Sabak Bernam, 36009 Teluk Intan, Perak
                             awenaasubramaniam@gmail.com

          Penguasaan  Bahasa  Inggeris  para  pelajar  masih  lagi  berada  pada  taraf  yang
          rendah, khususnya golongan pelajar sekolah di luar bandar. Pelbagai kaedah telah
          diusahakan  untuk  membantu  peningkatan  subjek  ini  dari  semasa  ke  semasa.
          Tujuan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan penggunaan kaedah ataupun
          strategi  yang  berunsur  gamifikasi  terhadap  pencapaian  dan  penguasaan  para
          murid  dalam  kemahiran  menulis  Bahasa  Inggeris  secara  menyeluruh  dan
          maksimum.  Reka  bentuk  kajian  ialah  kajian  tindakan  melibatkan  30  orang  murid
                                                                         255
   254   255   256   257   258   259   260   261   262   263   264