Page 257 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 257

mencegah  jerawat,    disamping  itu  boleh  mencerahkan  kulit.  Objektif  kajian  ini
          adalah untuk menghasilkan sabun buatan sendiri dengan menggunakan kulit epal
          hijau dan merah. Selain itu, dua bahan dapur juga digunakan untuk menghasilkan
          sabun GR Apple Soap iaitu kayu manis dan minyak kelapa. Kayu manis membantu
          menghilangkan parut jerawat dan jerawat. Minyak kelapa pula kaya dengan vitamin
          anti  oksidan.  Beberapa  proses  mudah  dilakukan  dalam  penghasilan  GR  Apple
          Soap ini.  Iaitu proses pemanasan , proses pelelehan atau penuangan  dan proses
          dingin. Sabun buatan kulit epal GR Apple Soap ini tidak dihasilkan dengan sabun
          asas (soap base). Sebaliknya digantikan dengan sabun Dove yang mengandungi
          moisturizer kerana sabun ini dihasilakan di rumah.
          Kata  kunci:  Sisa  kulit  epal,  minyak  kelapa,    kayu  manis  ,  anti-penuaan,  anti-
                     oksidan

          KE14

                                 MOBILE DISHWASHER

                               SASVITHA SUREIYA KUMAR
                                  SJK(T) Gelang Patah
                     Kampung Bukit Tempurung, 81550 Gelang Patah, Johor
                                 ranjinier2388@gmail.com

          Amalan  mencuci  tangan  sering  ditekankan  semasa  Pandamik  Covid-19
          terutamanya  dalam  kalangan  murid-murid.  Walaupun  amalan  ini  sangat  penting
          demi  menjaga  kesihatan,  perkara  ini  menjadi  cabaran  kepada    golongan  murid
          kurang berupaya di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Gelang Patah. Murid-murid
          ini  menghadapi  kesukaran  untuk  mencuci  tangan  dengan  kerap  kerana  ia
          memerlukan  pergerakan  sering  kali.    Lantaran itu,  satu  idea  penghasilan ‘Mobile
          Dishwasher’ telah diperolehi. ‘Mobile Dishwasher ’ ini direka bentuk  terutamanya
          untuk golongan murid kurang berupaya yang berkerusi roda. ‘Mobile Dishwasher’
          ini  berfungsi  seperti  sinki  cuci  tangan  yang  biasa  digunakan  di  rumah.  Tempat
          meletak  bahan  cuci  tangan  seperti  sabun,  tuala  dan  bahan  sanitasi  juga  direka
          bentuk dalam inovasi ini. Ia juga merangkumi sistem pengaliran air yang selamat
          dan  sistematik.  Soal  selidik,  temubual  dan  pemerhatian  merupakan  metodologi
          pengumpulan  data  yang  digunakan  dalam  inovasi  ini.  Hasil  dapatan  data
          membuktikan  bahawa  inovasi  ini  memudahkan  proses  mencuci  tangan  dalam
          kalangan  murid  kurang  berupaya  dengan  kerap  tanpa  memerlukan  pergerakan
          yang  banyak.  Mobile  Dishwasher  ini  boleh  ditambah  baik  dari  segi  penggunaan
          bahan  yang  tahan  lama.  Inovasi  ini  bukan  sahaja  boleh  digunakan  di  sekolah
          malah ia juga boleh digunakan di semua tempat kerana ia mudah alih ke mana-
          mana.
          Kata kunci: amalan cuci tangan, golongan kurang upaya, mudah alih, sistematik

          KE15

                           SUBJECT VERB OBJECT (SVO) CARD

                           IRDINA QALISHA BINTI ABDUL HANIF
                                 Sekolah Tengku Budriah
                                    02600 Arau, Perlis
                   m-10811466@moe-dl.edu.my , g-14207783@moe-dl.edu.my
                                                                         253
   252   253   254   255   256   257   258   259   260   261   262