Page 246 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 246

mengeja  perkataan  dengan  tepat.  Antara  masalah  yang  dihadapi  murid  adalah
          kerap  melakukan  kesilapan  dalam  penggunaan  kata  terbitan  (imbuhan),
          terutamanya  dalam  penulisan  karangan.  Selain  itu,  murid  juga  selalu  melakukan
          kesilapan ejaan serta keliru akan ejaan bagi kata pinjaman Inggeris, Arab dan lain-
          lain. Permainan BIEJAK diwujudkan sebagai sumber alternatif pembelajaran bagi
          aktiviti  pengayaan,  pengukuhan,  pemulihan  dan  penilaian  yang  berkonsepkan
          permainan  (gamifikasi)  bagi  menarik  minat  murid  belajar  secara  santai  dan
          menyeronokkan.  Kit  permainan  BIEJAK  terdiri  daripada  tapak  permainan  yang
          diperbuat  daripada  material  tarpaulin,  kad-kad  soalan,  sebji  dadu  dan  buah
          penanda. Permainan ini melibatkan sekurang-kurangnya tiga hingga empat orang
          pemain  pada  satu-satu  masa.  Pemain  akan  menggerakkan  buah  penanda  yang
          dipilih  selepas  membaling  dadu mengikut  bilangan  nombor  dadu  yang  diperoleh.
          Pemain perlu menjawab soalan berdasarkan  nombor pada petak tempat berhenti.
          Jika  jawapan  yang  diberikan adalah  betul,  pemain  boleh mengambil  mana-mana
          buah  penanda  pihak  lawan  sebagai  matapoin.  Sekiranya  jawapan  soalan,  buah
          penanda  pemain  perlu  berundur  satu  petak  ke  belakang.  Pemain  yang  dapat
          mengumpul  mata  pointer  banyakdikira  sebagai  pemenang.  Permainan  ini  dapat
          mewujudkan suasana pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan, di samping
          meningkatkan  pengetahuan  murid,  khusunya  dalam  ejaan  dan  imbuhan  dalam
          Bahasa Melayu selaras dengan keperluan standard kandungan bagi matapelajaran
          Bahasa Melayu, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
          Kata kunci: Bahasa Melayu, imbuhan, ejaan, permainan, gamifikasi

          KD20

                                 MCDIGITAL KERJAYA

              NUR AIN FARHANA BINTI MUSASHI,NUR AZALIA BINTI SHAMSUL,
          FADZLINA BINTI ABDULLAH, MUHAMMAD AFHAM FARIHIN BIN HANAFIAH
             ASMAWI, ANNISA BINTI AHMAD ROMLI, PUTERI NURHIDAYAH BINTI
            ABDULLAH, NURFARZANA BINTI SHARANI, IZZ FARHAN BIN SHARANI
                                      SMK Cheras
                Jalan Yaakob Latiff, Bandar Tun Razak, 56000, Cheras, Kuala Lumpur
                               nurhaiza.gk2019@gmail.com

          Inovasi  MC  Digital  Kerjaya  dibina  oleh  AJK  Kelab  Kerjaya  Unit  Bimbingan  Dan
          Kaunseling bagi membolehkan ahli-ahli Kelab Kerjaya menjalankan aktiviti dalam
          keadaan  PdPR.  MC  Digital  akronim  dari  Modul  Cherasian  Digital  Kerjaya  dan
          merupakan  modul  untuk  menjalankan  aktiviti  pendidikan  kerjaya  secara  dalam
          talian. Objektifnya agar aktiviti kokurikulum masih dapat dijalankan dan maklumat
          mengenai  pendidikan  kerjaya  disebarkan  walaupun  dalam  keadaan  PKP  kerana
          pandemik  COVID  19.  Sebelum  inovasi  ini  dijalankan,  tahun  2020  tiada  aktiviti
          kokurikulum  semasa  tempoh  PKP.  Oleh  itu,  memandangkan  tahun  2021  masih
          dalam  pandemik  maka  inovasi  MC  Digital  Kerjaya  dibina.  Objektifnya  untuk
          menjalankan  modul  secara  dalam  talian  agar  ahli-ahli  masih  lagi  dapat
          menjalankan aktiviti kokurikulum dengan aktif. Memandangkan selama ini, aktiviti
          kokurikulum dijalankan secara bersemuka maka aktiviti kelab secara dalam talian
          adalah satu perkara yang baru. Maka AJK Kelab Kerjaya perlu mengadakan modul
          aktiviti yang intraktif dan menarik. Antara masalah yang dihadapi,  jika murid tidak
          dapat online ketika sesi perjumpaan dalam talian secara online dijalankan. Aktiviti
          modul digital Kelab Kerjaya ini menyelesaikan masalah dengan murid boleh akses
                                                                         242
   241   242   243   244   245   246   247   248   249   250   251