Page 242 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 242

Jalan Ibbetson, 11400 Pulau Pinang
                                 kasimanzen@yahoo.com

          Banjir adalah bencana alam yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa manusia
          dan kerosakan harta benda. Sistem penggera atau amaran banjir boleh memberi
          amaran awal kepada manusia. Ini amat penting pada sekarang terutamanya jika
          berlaku hujan lebat yang menyebabkan berlaku banjir kilat  dan seterusnya boleh
          mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Inovasi ini bertujuan
          untuk  membina  satu  sistem  penggera  banjir.  (Flood  Alarm  System-
          Domestic@FASD)  untuk  sekitar  kawasan  perumahan  dan  rendah.  FASD
          beroperasi  menggunakan  tenaga  elektrik,  di  mana  litar  pengesan  banjir  dan  unit
          pengesan  akan  menghantar  isyarat  menggunakan  batu  ladung  yang  dipasang
          pada hujung paip PVC. Penggera dipasang pada tahap banjir berjaga-jaga. Dalam
          reka bentuk ini, batu ladung digunakan sebagai pengesan (suis). Lampu berwarna
          merah digunakan sebagai lampu amaran untuk berjaga-jaga. Paip PVC digunakan
          untuk  memegang  ketiga-tiga  batu  ladung.  Selain  dari  itu  reka  bentuk  ini  juga
          menggunakan peralatan  ‘Water Float Less’  sebagai salah satu penggerak utama
          kepada FAS (D). Ianya direka bentuk menggunakan alatan dan bahan yang mudah
          dan  merangkumi  litar  ringkas.  Reka  bentuk  ini  boleh  atau  mampu  membantu
          pengguna menghadapi ancaman banjir kita. Selain itu, kosnya yang mampu milik,
          mudah alih dan ringan. FAS(D) juga mampu difahami dan mesra pengguna.

          KD14

            TEKNIK LAKARAN KOMIK DIGITAL BERWARNA: KAEDAH MENGINGATI
                         FAKTA SEJARAH PELAJAR 2 SVM 2 KRG

          MASHITAH BINTI ABU BAKAR, SITI SORHANA HARIZA BINTI MAHARIEZAILE
                                Kolej Vokasional Balik Pulau
                              11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
                                  abizan@edidik.edu.my

          Kebanyakan pelajar beranggapan subjek Sejarah agak membosankan disebabkan
          perlu  mengingati  fakta  yang  terlalu  banyak.  Kajian  ini  dibuat  untuk  membantu
          pelajar mengingati fakta-fakta yang terdapat dalam Subjek Sejarah melalui aplikasi
          Lakaran  Komik  Digital  Berwarna.  Ia  merupakan  satu  alternatif  lain  kepada  guru
          untuk  menarik  minat  pelajar  untuk  mempelajari  subjek  Sejarah.  Teknik  Lakaran
          Komik  Digital  Berwarna  ini  merupakan  satu  teknik  penyelesaian  kepada  pelajar
          yang  menghadapi  masalah  untuk  mengingat  fakta  Sejarah  sekaligus
          memperlihatkan  prestasi  yang  memberangsangkan  dalam  peperiksaan  dalaman
          mahupun  luaran.  Ujian  Pra  menunjukkan  bahawa  kesemua  pelajar  hanya  dapat
          menjawab  sekurang-kurangnya  4  soalan  dengan  betul  daripada  10  soalan  yang
          ditanya. Atas kesedaran ini, satu kaedah mengajar menggunakan teknik Lakaran
          Komik  Digital  Berwarna  digunakan  untuk  membantu  pelajar  mengingati  fakta
          Sejarah.  Peralatan  yang  digunakan  untuk  menyediakan  Lakaran  Komik  Digital
          Berwarna  iaitu  hanya  perlu  memuat  turunkan  aplikasi  daripada  playstore  yang
          terdapat dalam telefon pintar dengan menulis fakta-fakta dari topik yang dipelajari.
          Lakaran  Komik  Digital  Berwarna  Sejarah  dicipta  daripada  ilham  seni  pelajar.
          Maklumat  dan  fakta  diterjemahkan  menjadi  gambar  dan  dialog.  Ia  tidak
          memerlukan  masa  yang  lama  tetapi  memerlukan  ’mood’.  Pembelajaran  Lakaran
          Komik  Digital  Berwarna  satu  daripada  pedagogi  dalam  P&P  yang  mampu
                                                                         238
   237   238   239   240   241   242   243   244   245   246   247