Page 32 - MAG gesturz quicknews VOL.4.. lastet back cover
P. 32
Zon Kreativiti UiTM
Tarik Pengunjung
Hari Muzium
Antarabangsa 2017
Oleh: Zhafran Masduqi
Perak – Sempena Hari Muzium Antarabangsa 2017, Jawatankuasa Muzium dan
Galeri Universiti Awam Malaysia menganjurkan sambutan di Peringkat Muzium dan
Galeri Universiti Awam Malaysia yang diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjong Malim baru baru ini. Sambutan yang dibuka kepada pengunjung bermula
jam 9 pagi hingga 5 petang antaranya melibatkan pameran daripada muzium dan
galeri universiti awam Malaysia.
Hari Muzium Antarabangsa kali ini bertujuan mempromosikan peranan muzium
dan galeri universiti awam yang menyokong aktiviti akademik, pembangunan
siswa, penyelidikan, keusahawanan, jaringan dan pengantarabangsaan menerusi
perkhidmatan kuratorial di muzium dan galeri masing masing.
Universiti Teknologi MARA tidak ketinggalan menyertai sambutan ini dengan
menampilkan Zon Kreativiti UiTM yang dipenuhi dengan
pelbagai aktiviti menarik seperti jualan cenderahati kreatif,
PixMe Photo Studio, lukisan potret dan karikatur, ‘face
painting’, karya ‘augmented reality’, ‘print making’ serta
pembuatan DIY ‘button badge’ dan ‘fridge magnet’.
Penyertaan UiTM sebagai salah satu galeri universiti bagi
Hari Muzium Antarabangsa kali ini mendapat kelulusan Naib
Canselor UiTM, Prof Emeritus Dato’ Dr Hassan Said dengan
sokongan dari Fakulti Seni Lukis & Seni Reka dan Creative
Media & Technology Hub UiTM serta Giant dan Fuji Xerox.
Zon Kreativiti UiTM adalah antara gerai yang menerima
kunjungan paling ramai sepanjang sambutan berlangsung
32 | gesturz quicknews edisi 4 (Jul - Dis 2017)