Page 33 - MAG gesturz quicknews VOL.4.. lastet back cover
P. 33
selama dua hari bermula 18 hingga 19 November yang
bertempat di Dewan SITC UPSI, Kampus Sultan Abdul Jalil
Shah.
Antara tarikan yang terdapat di Zon Kreativiti UiTM juga
adalah Perlumbaan ‘Kinetic Wind Sculpture’ yang menawarkan
hadiah kepada pemenang sumbangan Giant dan Fuji Xerox.
‘Kinetic Wind Sculpture’ adalah alat mainan pendidikan yang
diinspirasikan dari arca Strandbeest hasil karya pereka dan
seniman terkenal dari Belanda, Theo Jansen.
Perasmian Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Muzium
dan Galeri Universiti Awam Malaysia 2017 disempurnakan
oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Slim, Dato’ Mohd Khusairi
Abdul Talib dengan gimik pemotongan reben belon sekaligus
melancarkan montaj sempena sambutan menggunakan
teknologi ‘augmented reality’.
Sambutan diakhiri dengan program Forum Perdana Hari
Muzium Antarabangsa pada hari kedua yang dibentangkan
oleh panel-panel berkepakaran seperti Encik Esa Haron,
Pengarah Bahagian Pembangunan dan Dasar Jabatan
Muzium Malaysia, Encik Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan,
Pustakawan Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Encik
Abd Aziz Abdul Rashid, Ketua Muzium Seni Asia dan Galeri
Universiti Malaya serta
moderator, Profesor Madya
Dr. Adnan Jusoh dari
Fakulti Sains Kemanusiaan,
Jabatan Sejarah Universiti
Pendidikan Sultan Idris. ~
gesturz
gesturz quicknews edisi 4 (Jul - Dis 2017) | 33