Page 36 - MAG gesturz quicknews VOL.4.. lastet back cover
P. 36
Jabatan Fotomedia Kreatif
Rai Survivor Kanser
Payudara di
Wonder Women 2017
Oleh: Nik Nor Azidah Nik Aziz, Muhammad Zhafran Masduqi
SHAH ALAM - Program Wonder Women hasil kolaborasi
Jabatan Fotomedia Kreatif, AD UiTM Puncak Alam bersama
Breast Cancer Foundation telah diadakan bertempat di The
Loft Studio Asia dan Space Seven, Setia Alam.
Program ini yang merupakan tugasan akhir bagi kursus
CPM635 Seminar; Contemporary Issue and Trend dianjurkan
di bawah kelolaan pensyarah kursus tersebut merangkap
Penasihat Program Wonder Woman, Puan Nik Nor Azidah Nik
Aziz.
Dianjurkan sebagai satu sumbangan keprihatinan
daripada jabatan dan fakulti terhadap pejuang-pejuang
Kanser Payudara dalam memberi semangat dan motivasi
bagi meneruskan kehidupan yang positif seperti wanita
normal yang lain, program ini melalui dua fasa iaitu Fasa
Pertama merupakan sesi fotografi bagi sepuluh pejuang-
pejuang kanser yang terpilih yang telah diadakan pada 9
Disember 2017 di studio tersebut dengan tajaan pakaian
oleh Butik Lilypetuna.
Fasa Kedua pula bermula pada 17 Disember 2017 yang
mempamerkan gambar-gambar hasil daripada sesi
fotografi pada fasa pertama di mana Nikon (M) Sdn Bhd
telah menaja percetakan dan juga tshirt bagi program
semasa fasa tersebut.
36 | gesturz quicknews edisi 4 (Jul - Dis 2017)