Page 35 - MAG gesturz quicknews VOL.4.. lastet back cover
P. 35
Berpandukan objektifnya sebagai renungan kepada menilai
kembali pelbagai sikap kemanusiaan yang dicerminkan melalui
karya-karya pelukis terpilih, ‘Alami Belas’ terpecah kepada
lima(5) sub-tema yang mewakili ‘Belas Insan’, ‘Belas Haiwan’,
‘Belas Warisan’, ‘Belas Alam’ dan ‘Belas Kerohanian’. Pameran
ini secara tidak langsung memperlihatkan bahawa tema-
tema utama Kuala Lumpur Biennale 2017 yang dipamerkan
sememangnya juga menjadi agenda kurikulum penting di Fakulti
Seni Lukis & Seni Reka sejak penubuhannya pada tahun 1967 di
samping meraikan kedua-dua peristiwa penting dalam sejarah
seni negara pada tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima,
Encik Johan Ishak juga selaku Pengerusi Kuala Lumpur Biennale
2017 dalam ucapan perasmiannya melahirkan rasa bersyukur
atas penglibatan Universiti Teknologi MARA dalam sokongan
meraikan agenda Kuala Lumpur Biennale 2017.
“Semoga kerjasama di antara Balai Seni Negara, produksi Kuala
Lumpur Biennale 2017 dan UiTM dapat membangunkan aktiviti
seni berprofil tinggi bertepatan dengan hasrat YAB Dato’ Seri
Mohd Najib Tun Abdul Razak yang mengumumkan ekonomi
kreatif sebagai aset baharu negara.” beliau berkata.
Perasmian Pameran 50 AD sempena KL Biennale 2017
dirasmikan oleh Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif
Rangkaian Televisyen Media Prima juga selaku Pengerusi KL
Biennale 2017 serta dihadiri oleh warga dan alumni UiTM serta
orang ramai. 50AD: KLB17 berlangsung sehingga 12 Januari
2018. Masyarakat umum dijemput mengambil peluang bagi
menyaksikan karya-karya artistik yang dipamerkan. ~ gesturz
gesturz quicknews edisi 4 (Jul - Dis 2017) | 35