Page 10 - QUICKNEWS VOL 5-10july(secured)
P. 10
Oleh: Muhammad Aiman Rabul,
Tradisi
Wan Samiati Andriana Wan Mohd Daud
Reqaseni
diteruskan oleh AD
UiTM Sarawak
UCHING - Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (AD)
UiTM Cawangan Sarawak telah mengadakan
Pameran Pelajar REQASENI V.11 2018
bertemakan FENOMENA yang melibatkan
Kkeseluruhan 43 orang pelajar yang terdiri
daripada daripada 18 orang pelajar Diploma Seni Reka
Grafik & Media Digital dan 25 orang pelajar daripada
Diploma Seni Halus.
Hasil karya yang di pamerkan meliputi empat komponen
bidang Seni Reka Grafik dan Media Digital iaitu Illustrasi
Digital, Rekaan Multimedia, Rekaan Korporat dan Rekaan
Pengiklanan manakala, para pengunjung juga berpeluang
menghayati karya Catan, Seni Cetakan, Seni Arca dan
Lukisan oleh pelajar dari bidang Seni Halus.
Pameran REQASENI V.11: FENOMENA 2018 telah
berlangsung pada 23 Januari 2018 hingga 28 Januari 2018
bertempat di CityOne Megamall, Kuching. Dirasmikan oleh
Rektor UiTM Sarawak, Prof. Dato Dr. Jamil Haji Hamali,
dengan kehadiran Timbalan Rektor (Akademik) dan wakil
pengurusan CityOne Megamall, acara pada kali ini turut
diberi pengisian dengan pelbagai aktiviti sokongan lain
seperti Bazaar Seni, Bicara Seni oleh Puan Lily Metom dan
Encik Mohd Nor Syaddiq Mohd Hamsah, pertandingan
Battle of the Brush serta persembahan nyanyian oleh
Rumpun Seni UiTM Cawangan Sarawak.
Turut diadakan penyampaian 10 anugerah REQASENI V.11
kepada 5 pelajar terbaik Seni Reka Grafik & Digital Media
dan 5 pelajar terbaik Seni Halus yang disampaikan sendiri
oleh Rektor UiTM Cawangan Sarawak. ~ gesturz
10 | gesturz quicknews edisi 5 (Jan - Jun 2018)