Page 12 - QUICKNEWS VOL 5-10july(secured)
P. 12
AAA 2017
Beri Kesedaran
AIDS Melalui
Seni Visual 1
Oleh: Mursyidah Zainal Abidin, Huzaifa Hazim
1. Tempat Kedua -
Muhammad Amirul b.
Fadzil (RM3,000) “And
The Sun Will Shine”
UALA LUMPUR- KAREX buat pertama kalinya telah 2. Tempat Ketiga -
mengadakan satu pertandingan seni visual kepada Muhammad Ammar
pelajar-pelajar Fakulti Seni Lukis & Seni Reka Safuan b. Mohd Shaufi
sempena hari AIDS sedunia. “Hope” merupakan tema (RM1,500)
Kyang dipilih untuk memberi definisi yang luas kepada “Signs of Death”
2
pelajar untuk menterjemahkan makna ke dalam karya-karya
pelajar menggunakan pelbagai media, teknik dan stail.
Art Against Aids (AAA2017) memilih seni visual sebagai
medium dalam memberi kesedaran dan pendidikan kepada
generasi muda mengenai HIV/AIDS. Muhammad Nur Syafiq
Nizam Shah dengan karyanya yang bertajuk “Emerges of the
Hope” dipilih sebagai pemenang tempat pertama, di tempat
kedua, Muhammad Amirul Fadzil dengan karyanya “And The
Sun Will Shine” dan diikuti oleh Muhammad Ammar Safuan
Mohd Shaufi, ditempat ketiga bersama karyanya “Signs of a
Death”.
10 orang pelajar terpilih telah diberikan hadiah sagu hati dan
sebanyak 80 karya telah menjadi pilihan juri dan diberikan sijil
pernyertaan. Pada 13 Disember 2017, majlis penyampaian
hadiah kepada para pemenang telah diadakan di Black Box,
Publika. Acara “Art Auction” telah diadakan pada keesokan
harinya di mana karya-karya pemenang telah dilelong untuk
mengumpul dana buat Pertubuhan Kebajikan & Kesihatan
Umum Malaysia (PKKUM) dan Pink Triangle Foundation
(PTFoundation).
Cik Azryn Azhari Arshad, Eksekutif Penjenamaan Karex
Industries Sdn Bhd telah mendapat kerjasama
daripada pensyarah-pensyarah FSSR iaitu Cik
Mursyidah Zainal Abidin, Puan Noriza Arzain
dan Puan Norfadzillah Ibaruslan di sepanjang
penganjuran program, dimana ia disertai oleh
pelajar dari Malaysian Institute of Art (MIA) dan
Universiti Teknologi MARA.
Beliau berharap agar Art Against AIDS 2018
(AAA2018) akan diteruskan dengan tema
yang lebih menarik dan mendapat lebih
penyertaan dari institusi
pendidikan. ~ gesturz
Pemenang Utama
- AAA2017 Muhammad Nur
Syafiq b. Nizam Shah (RM5,000)
“Emerges of the Hope”
12 | gesturz quicknews edisi 5 (Jan - Jun 2018)