Page 17 - QUICKNEWS VOL 5-10july(secured)
P. 17
perigi tersebut dapatlah ia membantu meringankan beban Puan Noriza Arzain (kiri) Pengurus Projek AD
penduduk dan keluarga yang menetap di wilayah Tboung Travelog UiTM
Khmum dan Kampong Cham.
“Air bersih menjadi isu kritikal yang sekian lama dihadapi
oleh penduduk di Kemboja. Lebih 50% penduduk kampung
tidak mempunyai keperluan asas air bersih. Menerusi AD
Travelog UiTM kami berharap ia dapat menambah kemudahan
sekaligus memperbaiki tahap kesihatan dengan membina
bekalan air perigi pam yang bersih dan selamat di akses yang
strategik seperti surau atau masjid”, ujar Pengerusi Projek,
Profesor Madya Alias Yussof yang juga merupakan Timbalan
Dekan (Hal Ehwal Pelajar).
Selain projek waqaf perigi, pasukan sukarelawan yang dikenali
dengan nama AD Travelog UiTM juga mengadakan aktiviti
sampingan lain seperti aktiviti kreativiti yang melibatkan
kanak – kanak penduduk Tboung Khmum dan Kampong
Cham. Kanak – kanak ini dibimbing oleh sukarelawan yang
merupakan pensyarah bidang Seni Lukis & Seni Reka.
AD Travelog UiTM juga berkesempatan mengedarkan
sumbangan berupa makanan, pakaian dan peralatan sekolah
kepada masyarakat di sana. Kemiskinan yang dihadapi
mereka menjadikan keperluan – keperluan asas sukar
diperolehi dan hasil sumbangan yang diedarkan sedikit
sebanyak telah mengukir kegembiraan kepada mereka
sekampung.
Hasil dari projek waqaf dan aktiviti kemasyarakat
yang diadakan, AD Travelog UiTM juga dijangka akan
mempamerkan dokumentasi visual kepada umum yang
bertujuan berkongsi pengalaman mereka sepanjang
menjayakan projek amal tersebut. Pameran yang bakal
diadakan juga berhasrat untuk mendapatkan sokongan
dan sumbangan dari pengunjung yang hadir supaya ia
dapat diteruskan pada masa akan datang dalam membantu
masyarakat di Kemboja dan dalam waktu yang sama
mengembangkan pendanaan waqaf perigi pam.
Puan Noriza Arzain, Pensyarah Kanan dan selaku Ketua
Projek menerangkan, “kos bagi membina sebuah perigi
pam adalah dianggarkan sekitar RM1,600.00. Masyarakat
Malaysia atau badan – badan korporat yang berminat
menyumbang boleh mendapatkan maklumat lanjut di
pameran AD Travelog UiTM yang dijangka berlangsung pada
29 Mac 2018 di Menara MIDF, Jalan Raja Chulan, Kuala
Lumpur. Sebagai rujukan kepada penderma yang ingin
berbakti menerusi waqaf perigi, foto – foto mengenai aktiviti
yang telah diadakan di Kemboja juga boleh dilayari di laman
media sosial Instagram @adtravelog.uitm”. ~ gesturz
gesturz quicknews edisi 5 (Jan - Jun 2018) | 17