Page 20 - QUICKNEWS VOL 5-10july(secured)
P. 20

“we care,
                         we share @UiTM”
        PUPUK AKTIVITI


        KEMASYARAKATAN





        Oleh: Huzaifa Hazim


                HAH ALAM – Bertempat di Anjung Seri
                Budiman  Universiti Teknologi  MARA (UiTM)
                Shah Alam, program amal kemanusiaan
                terhadap pelajar Sekolah Bimbingan
        SJalinan Kasih (SBJK) telah dianjurkan  hasil
        kerjasama di antara Persatuan Pelajar Pascasiswazah
        UiTM (UiPS) dan Institut Pengajian Siswazah (IPSis).
        “We Care, We Share @UiTM” dirasmikan oleh Pengarah
        Pusat Jaringan Industri, Masyarakat  dan Alumni
        (ICAN), Prof. Madya Dr. Sofian Shamsuddin. Beliau meluahkan
        perasaan berbesar hati di atas kejayaan pihak penganjur
        dalam menjayakan program tersebut. Tambahnya lagi, para
        pelajar Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih dapat mengambil
        peluang ini untuk lebih mengenali UiTM dan berinspirasi untuk
        mengubah nasib mereka serta keluarga masing-masing.
                                                              Dr Suhaily Hasnan,
                                                              Ketua Bahagian
        Sesi perkongsian bersama penceramah jemputan iaitu Prof.   Pencapaian Akademik,
        Madya Dr. Mohd Nor Mamat yang turut memberi pengenalan   Sumber dan Pelajar
        mengenai UiTM dan motivasi kepada para pelajar Sekolah   IPSis berkata, “Tujuan
        Bimbingan Jalinan Kasih untuk mengubah nasib mereka dan   program ini dijalankan
        juga menggalakkan mereka untuk meneruskan pengajian di   adalah untuk memupuk
        UiTM. Acara turut diikuti dengan pengisian aktiviti lawatan   nilai kerjasama dan
        ke Galeri Tun Abdul Razak (GTAR), Galeri Seni Tuanku Nur   insaniah dalam
        Zahirah (GESTURZ) dan juga Perpustakaan Tun Abdul Razak   kalangan generasi
        (PTAR).
                                                              muda Intelek UiTM terutamanya dalam membantu masyarakat
                                                                                  setempat yang tidak berkemampuan
                                                                                  dan memerlukan. Seterusnya,
                                                                                  memberi kesedaran dan pemahaman
                                                                                  kepada siswa siswi terhadap
                                                                                  peranan dan tanggungjawab mereka
                                                                                  dalam membantu golongan yang
                                                                                  memerlukan. Selain itu, program ini
                                                                                  juga bertujuan untuk menggerakkan
                                                                                  tenaga muda iaitu warga dan
                                                                                  mahasiswa UiTM sebagai pemangkin
                                                                                  kepada semangat kesukarelawanan
                                                                                  di dalam melakukan kerja-kerja amal
                                                                                  bersama masyarakat luar.  ~ gesturz




        20 | gesturz quicknews edisi 5 (Jan - Jun 2018)
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25