Page 15 - QUICKNEWS VOL 5-10july(secured)
P. 15
ADOBE DAY
beri pendedahan lanjut kepada staf
Oleh: Huzaifa Hazim, Mel
HAH ALAM – Adobe Day telah berlangsung pada 22 Mac 2018 di Smart Classroom 5, Aras 4 Menara Sultan
Abdul Aziz Shah (SAAS), UiTM, Shah Alam di mana seramai 34 orang peserta telah menyertai program
anjuran Jabatan Infostruktur. Nelson John yang merupakan Perunding Kanan Penyelesaian Adobe telah
mengendalikan bengkel aplikasi – aplikasi Adobe dan kaedah penggunaannya khusus buat para peserta
Syang terdiri daripada kakitangan akademik dan pentadbiran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
Walaupun program yang agak padat memandangkan ia hanya diadakan dari pagi hingga tengahari namun para
peserta berpeluang mendapat pendedahan lanjut dan ia memberi impak dan pencerahan berguna kepada peserta
yang terlibat menerusi perkongsian ilmu dan kepakaran idea.
Antara aplikasi – aplikasi digital Adobe yang telah diberikan pencerahan oleh Nelson adalah seperti Adobe
Photoshop, Adobe Illustrator Draw, Adobe Capture, Adobe Comp, Adobe Stock, Adobe Character Animator,
Dimension CC dan Adobe Acrobat yang mana aplikasi tersebut didatangkan dalam versi desktop bagi kegunaan
komputer serta juga mobile bagi kegunaan peranti digital seperti ipad atau tab.
Dalam sesi demonstrasi yang diadakan Nelson telah menunjukkan ciri – ciri canggih yang
mengandungi aspek Artifical Intelligence (AI) yang membantu dalam mengoptimumkan kualiti
kerja serta meningkatkan kecekapan dan kapisiti pengguna yang bukan sahaja memberi kesan
terhadap kreativiti malah mencetuskan inovasi untuk penghasilan kerja yang berteknologi,
futuristik dalam mendepani era Industri 4.0 (IR 4.0).
Teknologi yang dipersembahkan telah memukau para peserta di mana fungsi kesan – kesan
khas yang terdapat dalam aplikasi – aplikasi tersebut bukan sahaja pantas dihasilkan malah
kualitinya amatlah baik sebagai contoh kesan khas tipografi, lakaran ilustrasi automatik,
padanan warna pintar, kesan khas bagi menstabilkan gegaran pada imej, penghasilan
corak dari imej kamera, memadam sesuatu objek dalam imej secara ekspress
kurang dari 3 minit, penghasilan animasi yang dijana dari pergerakan gestural
manusia menerusi kamera, merekabentuk imej 3D serta banyak lagi. Selain
itu, video – video tutorial juga boleh diakses menerusi akaun Adobe CC
yang membantu pengguna dari aspek teknikal secara terperinci. Para
peserta juga dimaklumkan mengenai kelebihan dan kebaikan penggunaan
Behance yang merupakan platform portfolio digital di mana ia bukan
sahaja memaparkan kreativiti dunia malah menjadi medan bisnes global.
~ gesturz.
gesturz quicknews edisi 5 (Jan - Jun 2018) | 15