Page 11 - QUICKNEWS VOL 5-10july(secured)
P. 11
explore, express, execute 2018
Pamer Karya Moden
Seni Reka Logam
Oleh: Syed Mohd Faisal, Aedie Azrul
HAH ALAM- Pameran hasil siswa-siswi AD dari
Jabatan Seni Reka Logam Kontemporari telah
berlangsung pada 25 Januari yang lalu di Plaza
Shah Alam. Pameran yang dirasmikan oleh
SDekan AD tersebut turut dihadiri beberapa nama
besar industri seperti Habib Jewel, Wah Chan, Tomei, Suen
Jewelry, Mariwasa, dan D’Or Rue. Pameran ini juga turut
dihadiri oleh Alumni AD, siswa-siswi dari UPSI, IKN serta
pelajar-pelajar Sekolah Menengah sekitar Shah Alam.
Turut berlangsung semasa pameran ini ialah Bicareka iaitu
program bicara santai bersama wakil industri, Syarikat
D’Or Rue Sdn. Bhd dan Pengasas Syarikat Versagold
yang turut hadir untuk berkongsi idea, teknologi baru serta
pengalaman mereka kepada siswa-siswi Jabatan Seni
Reka Logam.
Pameran yang bertemakan Moditional ini bertujuan untuk
mengetengahkan identiti budaya dan warisan tempatan
dengan mendekatkan diri para siswa-siswi dengan
masyarakat melalui demonstrasi seni reka logam. “Art
Market” yang berlangsung sepanjang pameran juga turut
mendapat sambutan hangat daripada para pengunjung
kompleks berkenaan sekaligus mempromosikan Plaza
Shah Alam kepada pelawat yang datang dari luar Shah
Alam. ~ gesturz
gesturz quicknews edisi 5 (Jan - Jun 2018) | 11