Page 19 - QUICKNEWS VOL 5-10july(secured)
P. 19
UALA LUMPUR - Majlis Perasmian Pameran Amal sana pasti
Travelog AD : Cambodia 2018 telah berlangsung di memberikan
MIDF-UiTM Art Space Kuala Lumpur yang bertempat suatu
di Menara MIDF Kuala Lumpur. Pameran tersebut impak atau
Kadalah lanjutan daripada Program Kemasyarakatan pengalaman
Waqaf Perigi di Kemboja yang diadakan selama tiga hari dari berbeza khususnya dalam menghayati
23 hingga 25 Februari 2018 yang lalu. erti penghidupan dan kemanusiaan.
Seramai 10 orang sukarelawan yang terdiri daripada staf Pameran Amal Travelog AD : Cambodia 2018 yang
Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (AD), Universiti Teknologi MARA berlangsung di Menara MIDF Kuala Lumpur akan berakhir
(UiTM) terlibat dalam misi murni tersebut bagi menjayakan pada 09 April 2018. Orang ramai dijemput hadir bagi
pembinaan perigi waqaf di samping menyampaikan barang menyaksikan pameran yang terdiri daripada karya seni foto
keperluan dan makanan yang disumbangkan oleh pelbagai dan video hasil dokumentasi pasukan sukarelawan yang
pihak. terlibat. Sumbangan juga dialukan – alukan bagi meneruskan
inisiatif ini dalam meringankan beban masyarakat Islam di
Projek yang mendapat sumbangan daripada orang awam, Kemboja dalam meneruskan kelangsungan hidup mereka.
syarikat, badan korporat, masjid-masjid di sekitar bandar Sumbangan atau pertanyaan boleh disalurkan ke Instagram
Shah Alam serta dari warga Fakulti AD memfokuskan kepada @adtravelog.uitm. ~ gesturz
usaha mewakafkan perigi sebagai sumber air untuk kegunaan
penduduk tempatan di Kemboja, terutamanya di dua wilayah
iaitu Tboung Khmum dan Kampong Cham.
Datuk Mohd Najib Hj. Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan
MIDF (Malaysian Industrial Development Finance Berhad)
dalam ucapan perasmiannya berkata, “dengan pembinaan
17 buah perigi pam yang telah dijayakan oleh pasukan
sukarelawan tersebut dapatlah ia membantu meringankan
beban penduduk dan keluarga di sana.
Mereka tidak mempunyai bekalan paip air, tambah
menyedihkan kawasan sekitar dikampung –kampung
berkenaan serba kekurangan dan daif. MIDF dalam hal
ini amat menyokong usaha murni dari UiTM
lebih – lebih lagi MIDF dan UiTM adalah rakan
akrab MoU yang telah menjangkau usia 10 tahun
persaudaraannya”.
Pada majlis tersebut Najib juga mengumumkan
sumbangan MIDF dalam menjayakan projek
amal tersebut dan seterusnya mengumumkan
penganjuran kali kedua pertandingan Anugerah
Seni 2018 yang akan berlangsung dari April hingga
Jun tahun ini. Tahun lalu sejumlah 109 karya seni
dipamerkan di mana 12 daripadanya memenangi
Anugerah Utama dan Anugerah Pilihan Juri dan kini
menjadi koleksi MIDF.
Turut bersama dalam majlis ini adalah Prof. Dr. Hj.
Zaini Abdullah, Timbalan Naib Canselor Jaringan
Industri, Masyarakat, Alumni dan Keusahawanan
(ICAEN), UiTM. Ujar Zaini, pengalaman bersama
komuniti dari rumpun Melayu dan seagama di
gesturz quicknews edisi 5 (Jan - Jun 2018) | 19