Page 3 - QUICKNEWS VOL.1-SECURED latest back cover
P. 3

Salam



                                                                  Perkenalan



                                                                  dari













        Assalamualaikum w.b.t dan Salam Silaturahim ,

        Alhamdulilah penerbitan sulung GESTURZ QUICKNEWS berjaya diterbitkan hasil inisiatif kumpulan editorial GESTURZ
        QUICKNEWS dengan kerjasama dari para penyumbang artikel dan foto yang terdiri daripada staf dan siswa Fakulti Seni
        Lukis & Seni Reka (AD).

        GESTURZ QUICKNEWS adalah himpunan artikel yang berkongsi kisah kejayaan, aktiviti dan acara, pengalaman serta
        perkongsian ilmu dari warga AD. Berita – berita ini diterbitkan secara atas talian di mana ia diedarkan ke seluruh warga
        kampus.  Pendekatan di atas talian telah memungkinkan setiap berita yang diterbitkan dapat dihebahkan dengan pantas
        menerusi platform media digital seperti FYI dan media sosial.

        Walaubagaimanapun pihak pengurusan telah melihat inisiatif ini perlu diberi penambahbaikkan dengan menghimpun serta
        mendokumentasikan artikel – artikel yang diterbitkan dan disatukan pada edisi Jun dan Disember setiap tahun di dalam
        penerbitan buletin yang didaftarkan ISSN. Maka edisi pertama Jan-Jun 2016, GESTURZ QUICKNEWS dilahirkan.

        Semoga maklumat yang dikongsikan dapat dijadikan rujukan serta dokumentasi penting bukan hanya kepada pihak
        fakulti malah kepada warga AD serta pembaca sekalian.

        Selamat membaca ! Wassalam






        PROF. DR. HJ. D’ZUL HAIMI MD. ZAIN (A.I.S)
        Dekan
        Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (AD)














                                                                                gesturz quicknews Edisi.1 (Jan - Jun 2016) | 3
   1   2   3   4   5   6   7   8