Page 4 - QUICKNEWS VOL.1-SECURED latest back cover
P. 4
Himpunan
Berita AD
Dalam
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Setingi-tinggi tahniah dan syabas kepada GESTURZ (Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah) atas komitmen dan dedikasi dalam
mengumpulkan pelbagai berita seterusnya diterbitkan melalui GESTURZ QUICKNEWS. Tahniah dan terima kasih juga
kepada kumpulan editorial GESTURZ QUICKNEWS atas kejayaan berkerjasama dengan para penyumbang maklumat
dan foto samaada dari staf atau siswa Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (AD).
Sebagai makluman umum, GESTURZ QUICKNEWS adalah satu-satunya agen penyampai maklumat kepada warga AD,
UiTM dan masyarakat. Pengisian yang terkandung dalam penerbitan ini terdiri dari pelbagai sumber seperti pencapaian,
penganugerahan dan kejayaan para staf serta siswa-siswi AD dalam pelbagai aktiviti. Begitu juga dengan aktiviti
berpameran karya, kolabarasi bersama industri serta jalinan kerjasama dari institusi dalam atau luar negara. Justeru itu,
GESTURZ QUICKNEWS adalah perantara yang membolehkan perkongsian tersebut terus berkembang dan seterusnya
mewarnai perkembangan industri kreatif.
GESTURZ QUICKNEWS adalah buletin yang sesuai untuk bacaan umum bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat
dan perkembangan dari Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Universiti Teknologi MARA. Dalam konteks ini, GESTURZ
QUICKNEWS harus terus mengorak langkah sebagai sumber yang bermanfaat dalam menyebarluaskan maklumat
tersebut secara berterusan dengan peningkatan kualiti kandungan dan penerbitannya dari semasa ke semasa.
DR. RAFEAH LEGINO
Editor Tamu
4 | gesturz quicknews Edisi.1 (Jan - Jun 2016)