Page 9 - QUICKNEWS VOL.1-SECURED latest back cover
P. 9
Karnival Jejak
Kerjaya Buka
Mata Calon
BOLD NEXUS Siswa INDUSTRI
Kongsi Idea KREATIF
Segar Grafik JOHOR – Pada 4 mac yang lalu, telah berlangsungnya Karnival Jejak Kerjaya
anjuran Sekolah Seni Malaysia, Johor ( Sekolah Kluster Kecemerlangan ) yang
menjemput wakil dari institusi pendidikan tinggi awam dalam bidang industri kreatif
Masa Kini untuk mengadakan sesi ramah mesra. Ia bagi memberikan penerangan mengenai
program – program akademik yang ditawarkan di institusi masing – masing kepada
pelajar sekolah khususnya lepasan SPM yang baharu sahaja menerima keputusan
peperiksaan.
Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (AD) telah diwakili oleh 2 orang pensyarah
iaitu Encik Md. Faizul Khalid @ Abd Malek dan Cik Intan Natasha Abdul
Azim dengan dibantu oleh 2 orang siswa dari fakulti AD.
Di karnival tersebut seramai 350 orang pelajar Sekolah Seni Malaysia
Johor telah berkesempatan melihat pameran karya seni serta rekaan
produk yang dihasilkan oleh siswa dari fakulti AD. Para pelajar turut diberi
taklimat kemasukan serta berpeluang mendapatkan nasihat mengenai
program – program yang ditawarkan di fakulti AD serta prospek kerjaya
yang dinamik dalam industri kreatif.
Selain daripada fakulti AD, UiTM turut terlibat dalam karnival ini adalah
fakulti Muzik, fakulti FiTA, ASWARA, UPSI serta Politeknik Premier Ibrahim
Sultan, Johor – gesturz.
gesturz quicknews Edisi.1 (Jan - Jun 2016) | 99
gesturz quicknews Edisi.1 (Jan - Jun 2016) |