Page 7 - QUICKNEWS VOL.1-SECURED latest back cover
P. 7
AAPEX 2016
PAMER KARYA
DARI 3 UNIVERSITI
ASEAN.
Kiri : Prof. Dr. Haji D’zul Haimi Md. Zain, Dekan AD menerangkan
sesuatu kepada Pengurus Kanan, Nikon Malaysia Encik Mahfooz Nabi
Rasool di AAPEX 2016.
KUALA LUMPUR – Asean Academic Photographic Exchange Exhibition atau AAPEX 2016 telah berlangsung pada 14 Januari
2016 di Nikon Gallery Centre, Kuala Lumpur .
Pameran yang diadakan merupakan suatu wadah komunikasi visual dalam menyampaikan mesej budaya, sosial serta alam
menerusi perspektif seorang pengkarya. Karya kreatif fotografi yang dipamerkan dalam AAPEX 2016 melihatkan penglibatan di
peringkat ASEAN dengan penyertaan dari Fakulti Seni Lukis & Seni Reka,(AD), Universiti Teknologi MARA, Institut Seni Indonesia
Yogyakarta (ISI) dan University of Chiang Mai, Thailand.
AAPEX 2016 mendapat kerjasama dari Nikon Malaysia, Epson dan UiTM Photo Centre. Menurut Pengurus Kanan, Nikon Malaysia
Encik Mahfooz Nabi Rasool, Nikon senantiasa membuka serta memberi peluang kepada pengkarya media fotografi untuk
mempamerkan hasil kreativiti masing – masing di Nikon Gallery Centre, Kuala Lumpur. Ia bukan sahaja dapat menarik minat
pengunjung dan pengemar fotografi malah ia turut menjadi platform perkongsian ilmu dan kemahiran di antara pengamal fotografi
dengan menggunakan teknologi kamera terkini dari jenama Nikon.
Hadir bagi merasmikan AAPEX 2016, Prof. Dr. Haji D’zul Haimi Md. Zain, Dekan AD mengucapkan tahniah kepada para pelajar
yang terlibat dalam menjayakan pameran tersebut dengan menjadikan ia sebahagian daripada aktiviti akademik di luar bilik kuliah
seperti berkarya, berpameran, berseminar atau berbengkel disamping melatih mahasiswa dalam pengurusan acara kesenian. –
gesturz.
gesturz quicknews vol.1 (Jan - Jun 2016) |
gesturz quicknews Edisi.1 (Jan - Jun 2016) |
gesturz quicknews Edisi.1 (Jan - Jun 2016) | 777