Page 5 - QUICKNEWS VOL.1-SECURED latest back cover
P. 5
BAKAL
GRADUAN
AD TERIMA
PENGHARGAAN
SHAH ALAM – Seramai 603 orang pelajar semester akhir
Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (AD) bagi sesi akademik
September 2015 – Januari 2016 diraikan dalam Majlis Pra
Graduan yang sederhana tetapi cukup bermakna buat
mereka.
Dianjurkan oleh Jabatan Seni Reka Logam Kontemporari
dengan kerjasama staf dan pelajar dari jabatan lain, majlis
ini telah diadakan pada 15 Januari di Dataran Dewan Agung
Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi MARA Shah
Alam.
Para pelajar yang cemerlang turut diberi penghargaan
dengan sumbangan hadiah oleh rakan MoU fakulti iaitu
Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF).
Majlis ini turut dihadiri oleh wakil penilai luar seperti Universiti
Silpakhorn, Thailand dan Perodua serta pelajar antarabangsa
pasca-siswazah AD.
Dekan AD dalam ucapannya menasihatkan kepada para
bakal graduan agar berusaha dan tidak berputus asa dalam
menempuh cabaran kerjaya di dalam industri kreatif masa
kini. “ Semoga bakal graduan dari AD, UiTM dapat mewarnai
dan menyemarakkan lagi industri kreatif yang kini sentiasa
mengalami transformasi seiring dengan perubahan teknologi
dalam alaf digital”, tambah beliau.
Pada malam itu, hadirin yang hadir turut berpeluang
menonton persembahan menarik oleh para pelajar dari setiap
jabatan dengan bertemakan masquerade night. – gesturz.
gesturz quicknews Edisi.1 (Jan - Jun 2016) | 5