Page 21 - KESANTUNAN BERBAHASA FB
P. 21

KESANTUNAN BERBAHASA                                                                                PAGE 21


                                                                                    KESIMPULAN








              Secara  kesimpulan  yang  dapat  dirumuskan  ialah  orang  yang  banyak  menabur  budi  hen-

         daklah diteladani dan di ambil iktibar kepada generasi muda yang bakal memimpin negara ke-
         lak. Bak kata pepatah Melayu harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan

         nama.


                                       Oleh  itu,  jelaslah  bahawa  orang  pada  zaman  dahulu  menyifatkan

                                       budi  yang  baik  akan  dikenang  untuk  selama-lamanya.  Orang  yang
                                       berbudi akan dikenang dan menjadi pedoman kepada masyarakat

                                       setempat. Budi baik seseorang juga akan diberikan ganjaram pada

                                       ahkirat kelak. Kita sebagai masyarakat Malaysia hendaklah sentiasa
         berbudi bahasa supaya dipandang mulia kepada negara lain.


         Semua pihat wajarlah bersinergi bagai aur dengan tebing untuk menanam amalan berbudi ba-

         hasa dalam diri setiap individu. Kita tidak seharusnya mengharapkan sebelah pihak sahaja un-

         tuk memupuk amalan murni ini dalam setiap jiwa rakyat Malaysia kerana  bertepuk sebelah
         tangan takkan berbunyi. Kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni perlulah diimplementasi-

         kan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran rakyat.


         Profesor DiRaja , Ungku Aziz pernah berkata, “Malaysia yang aman dan damai akan lenyap da-

         lam sedikit masa jika rakyatnya tidak bermoral dan nilai budi bahasa yang kian terhakis dari

         jiwa  mereka”.  Jadi,  kita  mengharapkan  agar  mejelang  tahun  2020,  tabiat  buruk  seperti
         bercakap  kasar  sudah  lupus  dari  memorrakyat  Malaysia  supaya  negara  lebin  cemerlang,

         gemilang dan terbilang. Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar dan

         biarlah negara Malaysia terus disegani kerana ketinggian budi bahasa rakyatnya.
   16   17   18   19   20   21   22   23