Page 16 - KESANTUNAN BERBAHASA FB
P. 16
KESANTUNAN BERBAHASA PAGE 16
Gerakan tangan mempnyai maksud sejagat yang difahami oleh ke-
banyakan orang tanpa mengira atar belakang kebudayaaan. Gerakan tan-
gan digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat mengukuhkan
keberkesanan komunikasi yang berlaku. Isyarat gerakan tangan yang
digunakan secara tersendiri untuk meyampaikan maksudnya.
Maksud yang disampaikan berbeza kerana dipengaruhi oleh bu-
daya, terdapat juga maksud sejagat seperti meletakkan jari telunjuk di de-
pan mulut yang bermakna diam atau tolong senyap. Isyarat tangan
digunakan bersama-sama ucapan lisan dan tujuannya adalah untuk membantu atau mengukuhkan
ucapan lisan seseorang. Secra sedar atau tidak, setiap kali seseorang itu bercakap , ia akan
menggunakan tanagn untuk menggambarkan sesuatu yang ingin disampaikannya.
Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dpat diterjemahkan maknanya dalam
komunikasi tanpa lisan. Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang.
Riak muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang. Me-
lalui pengamatan air muka orang yang berinteraksi dengan kita,
kita akan mengetahui banyak maksud yang tersirat dan tersurat.
Mimik muka juga merupakan suatu naluri yang berhub-
ung rapat dengan faktor biologi dan fisiologi. Melaluinya dapat
diketahui keperibadian seseorang. Ahli komunikasi yang baik
dapat megesan perasaan sebenar seseorang dengan mengamati
air mukanya. Riak air muka berperanan penting menentukan
jalinan komunikasii menentukan jalinan komunikasi yang dilalui
untuk membentuk jalinan komunikasi yang mesra atau positif,
tunjukkanlah air muka yang jernih.
“Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa
yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal
abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.”