Page 3 - KESANTUNAN BERBAHASA FB
P. 3
Kesantunan berbahasa
Pengenalan
Budi bahasa merupakan amalan baik
yang perlu ada pada setiap orang agar segala
tindakan mereka terpimpin dan tidak menye-
leweng dari norma-norma sosial yang
dikehendaki dalam masyarakat. Budi bahasa
ini penting untuk melahirkan insan yang mulia,
unggul dan utopia demi merealisikan misi na-
sional negara ke arah Wawasan 2020. Berita
tentang remaja bertindak liar di luar batas-
dan kaca televisyen. Hal ini jelas menun-
batas kehidupan dengan terlibat dalam aktiviti
jukkan betapa kroniknya masalah ke-
jenayah seperti gengsterisme, vandalisme dan
lunturan amalan berbudi bahasa dalam
pornografi sering terpampang di dada akhbar
kalangan masyarakat.
Bahasa, baik secara formal atau tidak formal, secara umumnya dapat dibahagikan
kepada tiga tingkat utama, iaitu bahasa halus atau sopan, bahasa kasar dan bahasa kesat.
Bahasa halus bermaksud bahasa yang lebih lembut, yang digunakan untuk menggantikan
perkataan tertentu yang dirasakan kasar atau mengguris hati dan perasaan orang lain.
Penggunaan bahasa halus merupakan suatu usaha untuk menyampaikan komunikasi
dengan cara yang berlapik agar pameran yang terlibat dalam peristiwa komunikasi tidak
menerima impak yang tidak diingini. Penggunaan bahasa halus atau sopan ini sering
dikaitkan dengan konsep lakuan tutur atau lakuan bahasa dalam sesebuah masyarakat.