Page 6 - KESANTUNAN BERBAHASA FB
P. 6
KESANTUNAN BERBAHASA PAGE 6
2. PANDANGAN TOKOH-TOKOH BARAT
Lakoff (1975) menginterprestasikan kesantunan sebagai per-
lakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.
Bagi Fraser dan Nolan (1981), ksantunan itu berlaku apabila kon-
trak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai
usaha untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa men-
imbulkan konflik.
Leech(1983) pula menyatakan bahawa kesantunan merupakan
perlakuan yang menwujudkan dan mengekalkan pengiktirafan
diri dalam sesuatu interaksi sosial. Beliau seterusnya ber-
pendapat bahawa kesantunan bukan bermaksud baik-baik sahaja
tetapi paling penting ialah menjalankan prinsip kerjasama
dengan menghubungkannya dengan maksud dan kuasa. Hal ini
melibatkan pemilihan strategi untuk mengelakkan konflik.
Dua tokoh terkenal dengan pandangan
mereka terhadap fenomena kesantunan, iai-
tu Brown dan Levinson pula mengaitkan
kesantunan sebagai usaha untuk mengu-
rangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM)
kepada pendengar (1987). Pada mereka, se-
tiap orang mempunyai kehendak muka yang terbahagi kepada
dua, iaitu muka positif dan muka negatif yang merupakan keken-
dak masyarakat sejagat. Sehubungan itu, sewaktu berlakunya
komunikasi, penutur perlu mengurangkan ancaman terhadap
“Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara
yang betul.”