Page 1 - BUKU PERATURAN
P. 1

PERATURAN AM

                                  KEJOHANAN SUKAN  KOLEJ KOMUNITI (KSKK)
                                     KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


               1.     TUJUAN



                      Peraturan  Am  ini  bertujuan  memaklumkan  tentang  pematuhan  peraturan-
                      peraturan di dalam aktiviti sukan kelolaan Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia

                      (MASKOM) atau kejohanan-kejohanan sukan kelolaan Kolej Komuniti di setiap
                      wilayah  serta  format  pertandingan  mengikut  jenis-jenis  sukan  yang  akan

                      dipertandingkan di bawahnya.


               2.      TAKRIFAN



                      2.1 MASKOM bermaksud Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia iaitu badan
                           sukan  Kolej  Komuniti  Malaysia  yang  mengendalikan  program  sukan  di

                           Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan MALAYSIA


                       2.2  JKTPK  bermaksud  Jawatankuasa  Teknikal,  Pertandingan  dan

                             Kepegawaian  MASKOM  iaitu  jawatankuasa  yang  bertanggungjawab
                             melaksanakan  berkaitan  teknikal  dan  pertandingan  kejohanan

                             MASKOM.


               3.      PENGELOLA KEJOHANAN


                      3.1 Kejohanan sukan di bawah MASKOM ini dikelolakan dengan kerjasama

                           dari semua Kolej Komuniti Malaysia dan Bahagian Ambilan Pembangunan

                           Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian
                           Pendidikan Malaysia.



                      3.2 Bagi maksud pengelolaan, MASKOM bertanggungjawab kepada perkara-
                           perkara  dasar  dan  boleh  menyerahkan  kuasa  pengelolaan  serta  aktiviti
   1   2   3   4   5   6