Page 23 - SMK ALAM DAMAI 2020
P. 23

MANUAL PENGURUSAN   2020




                                                SEJARAH SEKOLAH

               Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai telah dibuka pada 1 Disember 2009. Pada
               awalnya sekolah ini hanya mempunyai 14 orang guru. Mesyuarat pertamanya diadakan pada
               15 Disember 2009, dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Encik Jamaluddin
               bin Abdullah. Mesyuarat ini telah melantik Puan Hajah Salmah binti Haji Husin untuk
               menjalankan tugas Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum, Puan Maznah binti Muslim
               menjalankan tugas Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Puan Norlida binti Khalid
               menjalankan tugas Penolong Kanan Kokurikulum.

               Pendaftaran murid Tingkatan 1 telah diadakan pada 30 Disember 2009, pada awalnya hanya 5
               kelas tingkatan 1 dibuka dengan bilangan murid seramai 201 pelajar. Kebanyakan murid yang
               mendaftar ke sekolah ini ialah murid dari Sekolah Kebangsaan Alam Damai. Disebabkan
               permintaan yang begitu tinggi daripada ibu bapa murid tingkatan 1 untuk memasuki sekolah
               ini, pihak JPWP telah meminta agar dibuka sebuah lagi kelas tingkatan 1 menjadikannya 6
               buah kelas pada 1 Februari 2010.

               Pada 4 Januari 2010   Puan Hajah Esaah binti Ismail telah dilantik menjadi Pengetua di
               Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai. Pendaftaran murid Tingkatan 2, Tingkatan 4
               dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) juga telah diadakan pada 4 Januari 2010. 4
               buah kelas dibuka pada awalnya untuk tingkatan 2, 2 buah kelas untuk tingkatan 4 dan 3 buah
               kelas untuk PPKI. Bagi murid tingkatan 4, aliran yang ditawarkan ialah aliran Sains Tulen dan
               aliran Prinsip Perakaunan.  Seramai 125 murid tingkatan 2, 43 murid tingkatan 4 dan 16 murid
               PPKI mendaftar. Pada 1 Februari 2010, kelas Tingkatan 2 telah ditambah menjadi 5 buah
               kelas.

               Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai telah menerima tambahan guru, staf sokongan
               dan pelantikan Penolong Kanan dan Guru Kanan pada 2 Februari 2010 iaitu Puan Hajah
               Azizah binti Md Isa (Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum), Tuan Haji Khairom bin Patong
               ( Penolong Kanan HEM), Puan Hajah Salmah binti Haji Husin (Guru Kanan Bahasa), Puan
               Maznah binti Muslim ( Guru Kanan  Sains dan Matematik), Puan Hajah Hassimah binti
               Hassan ( Guru Kanan Kemanusiaan ) dan Puan Shantirani a/p Chillayah  (Guru Kanan Teknik
               dan Vokasional). Pada 16 April 2010, Encik Zainuddin bin Abd Hadi telah dilantik menjadi
               Penolong Kanan Kokurikulum sekolah ini.

               Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai memiliki 2 Blok Akademik, Dewan Besar,
               Dewan Serbaguna, Pejabat, Bilik Guru, Bilik Seminar, 3 buah Makmal Komputer, 9 buah
               Makmal Sains, Bilik Muzik, 8 buah Bengkel Kemahiran Hidup, Makmal Bahasa, Koperasi,
               Bilik Audio Visual, Bilik Media, Pusat Sumber, Surau, Bilik Kaunseling, Bilik Persalinan,
               Padang dan sebagainya.

               Pada akhir tahun 2010, Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai mempunyai 16 kelas,
               iaitu 6 kelas Tingkatan 1, 5 kelas Tingkatan 2, 2 kelas Tingkatan 4 dan 3 kelas PPKI. Bilangan
               gurunya pula seramai 33 orang dan Staf Sokongan 6 orang.  Jumlah kesemua murid di sekolah
               ini pada akhir tahun 2010 seramai 450 orang.

               Tanggal 01 Julai 2010 Pn Esaah bt Ismail telah berpindah ke SMK Tinggi Setapak. Pn Hjh
               Azizah bt Md Isa selaku Penolong Kanan Tadbir dan kurikulum telah memangku tugas
               pengetua bermula 01 Julai 2010 sehingga 30 November 2010.



               22 | P a g e
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28