Page 25 - SMK ALAM DAMAI 2020
P. 25

MANUAL PENGURUSAN   2020





                          PELAN PEMBANGUNAN  PENDIDIKAN MALAYSIA  2013-2025
                          (PENDIDIKAN PRASEKOLAH HINGGA LEPAS MENENGAH)


               ASPIRASI BAGI SISTEM PENDIDIKAN DAN MURID DI MALAYSIA

               Bagi memenuhi keperluan semua rakyat dan menyediakan negara untuk bersaing di peringkat
               antarabangsa, adalah penting untuk negara melakarkan wawasan kejayaan sistem pendidikan
               yang ingin dibangunkan, khusus berdasarkan konteks Malaysia. Generasi murid terbaik yang
               bagaimanakah ingin dihasilkan untuk berdepan dengan cabaran ekonomi abad ke-21? Jenis
               pendidikan yang bagaimanakah perlu disediakan untuk mereka hadapi dunia globalisasi yang
               pantas berubah? Aspirasi ini merangkumi dua aspek: pertama, sistem pendidikan secara
               keseluruhan, dan kedua, murid secara individu. Visi dan aspirasi ini akan menjadi landasan
               transformasi sistem pendidikan Malaysia.

               Aspirasi sistem

               Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan bagi
               sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan
               kecekapan. Keberhasilan yang ditetapkan ini adalah selari dengan aspirasi yang turut
               disuarakan oleh peserta semasa Dialog Nasional dan setanding juga dengan keberhasilan yang
               ditetapkan oleh sistem pendidikan berprestasi tinggi yang lain. Tindakan bagi merealisasikan
               lima aspirasi berkenaan adalah penting, dan tidak ada inisiatif dalam mana-mana aspek
               berkenaan yang boleh menjejaskan atau menghalang kemajuan yang lainnya.

                      5 ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA




































               24 | P a g e
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30