Page 26 - SMK ALAM DAMAI 2020
P. 26

MANUAL PENGURUSAN   2020





               ▪▪ Akses:
               Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang
               pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Kementerian
               berhasrat memastikan kadar akses sejagat
               dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas
               (Tingkatan 5) menjelang 2020.


               ▪▪ Kualiti:
               Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan
               sistem pendidikan di Malaysia, dan setanding dengan sistem pendidikan antarabangsa.
               Aspirasi sistem pendidikan negara adalah untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok
               sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan PISA
               dalam tempoh 15 tahun yang akan datang (TIMSS dan PISA menguji Bacaan, Matematik dan
               Sains sahaja). Pentaksiran tambahan yang menangani dimensi kualiti lain yang relevan dengan
               konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila dimensi itu dibangunkan dan diterima di
               peringkat antarabangsa.


               ▪▪ Ekuiti:
               Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap
               kanak kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar belakang sosioekonomi.
               Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid bandar dengan
               luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50% menjelang 2020.


               ▪▪ Perpaduan:
               Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat daripada
               masa mereka di sekolah. Melalui interaksi bersama murid lain daripada pelbagai latar
               belakang sosioekonomi, agama dan etnik, murid belajar memahami, menerima dan
               menghayati perbezaan. Keadaan ini mewujudkan suatu
               perkongsian pengalaman dan aspirasi bagi membina masa hadapan Malaysia. Kementerian
               berhasrat menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi
               pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat
               Malaysia.


               ▪▪ Kecekapan:
               Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan
               keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam
               sistem. Walaupun Kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan semasa, Kementerian
               berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.

               Aspirasi murid

               Selain keberhasilan sistem, pihak berkepentingan juga jelas tentang tahap kualiti yang perlu
               ada pada setiap individu murid. Secara keseluruhan, pendidik, ibu bapa, murid, dan ahli
               masyarakat lain bersatu pendapat dalam visi pendidikan sebagai wadah pembangunan murid
               yang holistik dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Visi ini juga menjadi asas kepada


               25 | P a g e
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31