Page 24 - SMK ALAM DAMAI 2020
P. 24

MANUAL PENGURUSAN   2020




               Pn Hafsah bt Sharif telah dilantik sebagai pengetua SMK Alam Damai bermula 01 Disember
               2010. Sementara En Mohd Shukry bin Hussein telah dilantik sebagai Penolong Kanan PPKI
               bermula 01 Oktober 2013.

               Pada tahun 2014, Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai mempunyai 33 kelas Aliran
               Perdana, iaitu 7 kelas Tingkatan 1, 7 kelas Tingkatan 2, 7 kelas Tingkatan 3, 6 kelas Tingkatan
               4, 6 kelas Tingkatan 5 dan 6 kelas PPKI. Bilangan gurunya pula seramai 78 orang dan Staf
               Sokongan 14 orang. Jumlah kesemua murid di sekolah ini pada akhir tahun 2014 seramai 1097
               orang.

               En Ahkter bin Abdul Manan merupakan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru bagi
               Sesi 2010 sehingga Sesi 2012. Tempat beliau telah digantikan oleh En. Nor Halim bin Ahmad
               bagi sesi 2013 hingga Mac 2015, dan kemudian digantikan oleh Ir Ahmad Husairi bin
               Abdullah dari sesi 2015 hingga 2016,untuk sesi 2016 hingga 2017 dan 2017 hingga 2018,YDP
               disandang oleh Tn. Hj. Mohd Khairul Hazamy bin Abdul Ghani.

               Tanggal 30 September 2014 Pn Hafsah telah ditukarkan ke Sek. Men. Bandar Tasik Selatan.
               Tempat beliau sebagai Pengetua Sek. Men.Keb. Alam Damai telah diganti oleh Tuan Haji
               Izamuddin bin Rozali bermula 01 Oktober 2014 sehingga kini.

               Tanggal 15 Oktober 2015 Penolong Kanan Kokurikulum, En. Zainuddin bin Abd. Hadi telah
               bertukar ke Sek. Men. Keb. Seri Tasik dan digantikan dengan Pn Hjh. Nor Azlinda bt.
               Hasmunih.Penolong Kanan Pendidikan Khas En. Mohd Shukry b. Hussein telah bertukar ke
               SMK Bandar Tasik Selatan pada 18hb Februari 2016.Beliau telah diganti oleh En. Rosli b.
               Omar pada tarikh yang sama.

               Pada tarikh 19hb Jun 2017,Pn. Hjh. Azizah bt Md Isa telah bersara wajib.Tempat beliau telah
               diganti oleh Tn. Hj. Khairom b Patong sebagai Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum
               berkuatkuasa 3hb Julai 2017.Penolong Kanan Hal Ehwal Murid pula diisi oleh Tn. Hj.Mohd.
               Nazri b. Siweng pada masa yang sama.

               Pada tanggal  29 Disember 2017,  Pn Hjh. Nor Azlinda bt Hasmunih telah dilantik sebagai
               Penolong Kanan Hel Ehwal Murid di SMK Cheras. Tempat beliau telah disandang oleh Pn.
               Maznah Bt. Muslim,  seiring dengan itu jawatan Guru Kanan Sains dan Matematik disandang
               oleh Pn. Husna Bt. Ab Samad.
               Pada  26 April 2018,  Pn.Hjh Salmah bt.Hj Husin telah bersara wajib. Jawatan beliau sebagai
               Guru Kanan Bahasa telah diisi oleh Pn Roselin Bt Mat Wajab.  Pada 15 Februari 2019, Puan
               Maznah binti Muslim telah dilantik sebagai Penolong Kanan Pentadbiran dan tempat beliau
               diganti oleh Puan Norkhidah binti Abdullah.
               Seterusnya, pada 30 Mei 2019 Tn Haji Izamuddin bin Rozali telah bersara wajib dan beliau
               digantikan oleh Puan Norlela binti A.Wahid sebagai Pengetua SMK Alam Damai bermula
               pada 1 November 2019.










               23 | P a g e
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29