Page 79 - SMK ALAM DAMAI 2020
P. 79
MANUAL PENGURUSAN 2020
9.0 PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Penyataan Dasar
9.1 Pengajaran dan Pembelajaran berkesan hendaklah dilaksanakan oleh guru untuk
mengoptimumkan kecemerlangan murid.
9.2 Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan berkualiti
selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau (ICT)
9.3 Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi menghasilkan pelajar yang
berkemahiran dalam ICT. Oleh itu penggunaan peralatan ICT menjadi keutamaan di dalam
menyokong pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
9.4 Pembelajaran berasaskan e-learning dengan menggunakan teknologi multimedia
interaktif dan pembelajaran berasaskan laman web seperti VLEFrog digalakkan dan akan
diperluaskan.
9.5 Memperluaskan program peningkatan penguasaan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris
kecuali tambahan Bahasa Arab bagi Kelas Aliran Agama.
9.6 Meningkatkan penguasaan dan penekanan kepada kemahiran generic, kemahiran
berfikir kritis dan kreatif agar murid menguasai kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
9.7 Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan ketrampilan guru dan seterusnya ketrampilan
murid dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan awam. Hal ini
adalah kerana pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan pembelajaran yang berkualiti.
9.8 Penggunaan kumpulan pembelajaran koperatif dan perbengkelan, mestilah
diperluaskan dalam kalangan guru dan murid dengan itu kerjasama antara murid dan guru
dapat dipertingkat seterusnya tanggungjawab untuk belajar dapat dipindahkan kepada pelajar.
9.9 Pembelajaran Profesional Berterusan (PLC) perlu dikenal pasti dan guru digalakkan
untuk menggunakannya bagi memudahkan proses pembelajarandan pengajaran.
9.10 Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dinilai oleh guru mata
pelajaran, pelajar dan barisan pentadbir di akhir sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan penguasaan pengetahuan, kemahiran, penglibatan dan daya tumpuan pelajar di
dalam kelas.
9.11 Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mestilah menggabungkan ’content
skill, language skill, ICT skill & pedagogi skill’. Oleh itu setiap orang guru mestilah berusaha
meningkatkan keterampilan diri dengan meningkatkan kemahiran-kemahiran di atas secara
berterusan
9.12 Guru mata pelajaran, Ketua Panitia dan Guru Kanan Mata pelajaran mestilah sentiasa
memantau prestasi pencapaian mata pelajaran setiap orang pelajar seperti yang telah
ditetapkan oleh sekolah dan berusaha membuat tindakan susulan untuk mencapai sasaran
78 | P a g e