Page 82 - SMK ALAM DAMAI 2020
P. 82
MANUAL PENGURUSAN 2020
13.0 JADUAL WAKTU MENGAJAR DAN JADUAL WAKTU GANTI
Penyataan Dasar
13.1 Jumlah waktu mengajar setiap mata pelajaran adalah mengikut ketetapan Akta
Pendidikan 1996.
13.2 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan
persetujuan mesyuarat kurikulum
13.3 Pengagihan mata pelajaran, keutamaan diberi kepada guru opsyen dan kepakaran guru
(pemeriksa kertas peperiksaan awam)
13.4 Agihan kelas cemerlang, sederhana dan lemah adalah secara adil
13.5 Jumlah waktu pengajaran maksimum guru adalah 25 – 30 waktu seminggu (40 minit
satu waktu)
13.5 Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit dan bercuti rehat
ataupun menjalankan tugas rasmi di luar kawasan akan diisi dengan Jadual Waktu Ganti Guru
yang bercuti ini mestilah menyediakan Modul Kelas Ganti yang akan digunakan oleh
pelajar semasa Jadual Waktu Ganti tersebut. Tugasan dalam Modul Kelas Ganti ini akan
disemak dan pencapaian dimaklumkan kepada pelajar untuk tindakan susulan kedua-dua
pihak.
13.6 Jadual waktu mengajar, Jadual waktu ganti dan Jadual Waktu Blok akan diurus dan
disediakan oleh Jawatankuasa Jadual Waktu Sekolah.
13.7 Jadual Waktu penggunaan Bilik-Bilik khas mestilah disediakan oleh guru pengawas
bilik-bilik khas tersebut apabila Jadual Waktu Induk Guru telah siap dan satu salinan mestilah
disampaikan kepada pentadbir sekolah. Bilik-Bilik khas yang terlibat untuk proses pengajaran
dan pembelajaran adalah Pusat Sumber, Makmal Sains, Bengkel KH, surau, Makmal Ops
English, Dewan Budiman, Bilik PSV, Bilik Tayangan, Makmal Komputer dan Makmal
Bahasa.
13.9 Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi yang akan menyokong proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas dan juga budaya pembelajaran kendiri pelajar di dalam
meningkatkan ketrampilan mereka. Oleh itu matlamat perancangan strategik pusat sumber
mestilah mempunyai hala tuju ke arah itu dan semua guru, GKMP dan ketua panitia adalah
tertakluk kepada perancangan tersebut dan perlu memainkan peranan mereka masing-masing.
Guru Perpustakaan dan Media adalah orang penting yang berperanan menggerakkan peranan
dan fungsi PSS.
13.10 Pihak sekolah melaksanakan Kelas Alaf 21 mulai Oktober 2015 di mana PdP
dilaksanakan mengikut konsep “ berpusatkan subjek” menjadi keutamaan di mana guru-
guru ditempatkan secara tetap di kelas-kelas berkenaan untuk menjalankan PdP berdasarkan
opsyen masing-masing. Guru-guru diberi kepercayaan untuk melengkapkan dan menceriakan
kelas-kelas tersebut bagi menjadikan Pdp lebih kondusif dan menarik. Bilik-bilik khas seperti
bengkel Kemahiran Hidup, Makmal Sains, Bilik Media, Bilik Tayangan, Makmal Komputer,
81 | P a g e