Page 84 - SMK ALAM DAMAI 2020
P. 84
MANUAL PENGURUSAN 2020
15.0 PENYELIAAN, PENCERAPAN DAN PEMANTAUAN
Penyataan Dasar
15.1 Proses pengajaran dan pembelajaran guru dan murid di dalam bilik darjah akan
diselia dan dipantau sebanyak dua kali atau sekurang-kurangnya sekali bagi setiap guru dan
setiap kelas dalam setahun.
15.2 Jawatankuasan Penyeliaan, Pencerapan dan Pemantauan dipertanggungjawabkan untuk
menyusun jadual dan mengatur barisan pentadbir dan ketua-ketua panitia untuk menyelia dan
memantau bagi memastikan pelaksanaan dan keberkesanan program-program sekolah.
15.3 Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah bertujuan untuk
meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan mencari kesalahan.
15.4 Pengurusan panitia dan program-program panitia juga akan dipantau dan diselia dua
kali setahun oleh pengetua, penolong -penolong kanan dan guru-guru kanan mata pelajaran.
15.5 Buku latihan dan penggunaan buku kerja serta modul juga dipantau bagi memastikan
penggunaan yang optimum ke arah kemajuan akademik murid.
15.6 Mekanisme dan proses kerja penyeliaan buku kerja, buku latihan dan hasil
kerja pelajar ditetapkan oleh Jawatankuasa dan satu rekod penyeliaan mestilah diurus dengan
baik berdasarkan Standard Prestasi Sekolah (SPSK).
15.7 Jawatankuasa Penyeliaan, Pencerapan & Pemantauan, Jawatankuasa SPSK dan
Jawatankuasa SKPM mestilah membuat pelaporan lengkap pertengahan dan akhir tahun
tentang skop kerja yang telah dipertanggungjawabkan oleh pengetua untuk dimaklumkan di
dalam Mesyuarat Kurikulum Sekolah seterusnya dibincangkan dalam mesyuarat panitia bagi
tujuan penambahbaikan.
83 | P a g e