Page 85 - SMK ALAM DAMAI 2020
P. 85
MANUAL PENGURUSAN 2020
16.0 LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)
Penyataan Dasar
16.1 Setiap kakitangan sama ada guru ataupun staf sokongan mestilah sentiasa memajukan
dan meningkatkan profesionalisme masing-masing bagi memupuk budaya kerja cemerlang.
16.2 Pihak pengurusan sekolah telah menyediakan platform – platform untuk warga sekolah
meningkatkan profesionalisme ini melalui Hari Bicara Akademik, LDP Panitia dan LDP
Perdana sebagai nilai tambah ke arah kecemerlangan akademik.
16.3 Semua guru yang menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh bahagian-bahagian
KPM perlulah melaporkan secara bertulis melalui minit curai kepada Pengetua untuk tindakan
seterusnya. Jika perlu guru yang pergi berkursus ini hendaklah mengendalikan kursus dalaman
ataupun sekurang-kurang memberikan taklimat berkaitan kursus yang dihadiri.
16.4 Skop pengisian perkembangan staf ini mestilah berdasarkan keperluan-keperluan
profesional guru dan juga keperluan sebagai seorang penjawat awam. Oleh sebab itu
keutamaan akan diberikan kepada kursus yang berkaitan pedagogi, pengurusan panitia yang
efesien dan PdP menggunakan 1 Bestari Net VLE FROG.
16.5 Guru-guru yang dikehendaki mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya adalah
menjadi tanggungjawab Guru Kanan dan Ketua Panitia untuk melatih guru tersebut bagi
mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya. Satu rekod latihan dan pemantauan
perkembangan kemahiran mengajar mestilah diurus dengan baik oleh ketua panitia mata
pelajaran tersebut.
16.6 Semua program perkembangan staf yang dilaksanakan sama ada peringkat panitia atau
peringkat sekolah mestilah dilaporkan sebaik sahaja sesi tersebut selesai dan pelaporan
mestilah lengkap dari segi matlamat, objektif, tempat, masa, sasaran, tajuk dan pengisian,
profil penceramah dan kajian impak kursus berserta gambar.
Dasar Kurikulum Sekolah Disediakan Oleh Unit Kurikulum Sekolah
Berdasarkan Mesyuarat Pengurusan Sekolah.
Disember 2013
Pindaan Disember 2016
84 | P a g e