Page 269 - BUKU PENGURUSAN SMK CHANIS 2019
P. 269

Pentaksiran sebagai pembelajaran. Pentaksiran yang berlaku apabila murid membuat
                       refleksi  dan  menilai  pembelajaran  masing-masing.  Pentaksiran  ini  terdiri  daripada
                       refleksi,  pentaksiran  kendiri  dan  pentaksiran  rakan  sebaya.  Pentaksiran  ini
                       membolehkan murid memahami tujuan mereka belajar dan menyedari apa yang patut
                       mereka lakukan bagi mencapai sesuatu objektif pembelajaran.

                       Pentaksiran  sumatif.  Pentaksiran  yang  dilakukan  selepas  tamat  sesuatu  unit
                       pembelajaran. Pentaksiran ini boleh dilaksanakan di akhir sesuatu tempoh, tajuk atau
                       bidang  pembelajaran.  Pentaksiran  sumatif  termasuklah  ujian  bulanan,  peperiksaan
                       pertengahan dan akhir tahun atau projek akhir pembelajaran.

                       Pentaksiran  tentang  pembelajaran.  Pentaksiran  yang  berlaku  di  akhir  sesuatu
                       tempoh,  tajuk  atau  bidang  pembelajaran.  Lazimnya  pentaksiran  ini  berlaku  dalam
                       bentuk ujian sumatif. Data dari pentaksiran ini menjadi petunjuk kepada pencapaian
                       atau  penguasaan  murid  dalam  sesuatu  tajuk  sebelum  beralih  kepada  tajuk  atau
                       pelajaran seterusnya.

                       Pentaksiran  untuk  pembelajaran.  Pentaksiran  yang  dilakukan  secara  berterusan
                       dalam PdP. Maklumat yang diperoleh dari pentaksiran ini digunakan untuk merancang
                       strategi  atau  langkah  seterusnya  dalam  pengajaran  ke  arah  meningkatkan
                       pembelajaran dan tahap penguasaan murid.

                       Pentaksrian  kendiri.  Pentaksiran  yang  berlaku  apabila  murid  menilai  kerja  mereka
                       sendiri berdasarkan bukti dan kriteria yang jelas untuk meningkatkan prestasi mereka.
                       Kaedah ini menggalakkan murid untuk melibatkan diri dan bertanggungjawab dalam
                       pembelajaran  sendiri.  Kaedah  pentaksiran  ini  dapat  membantu  murid  mengesan
                       kemajuan, kekuatan dan kekurangan diri, tahap penguasaan seterusnya pencapaian
                       diri sendiri dalam pelajaran.

                       Pertimbangan  profesional.  Pertimbangan  yang  dibuat  menggunakan  pengetahuan
                       yang  profesional  terhadap  kurikulum  yang  dihasratkan  mencakupi  pengetahuan,
                       kemahiran dan nilai, bukti pembelajaran, strategi pengajaran dan kaedah pentaksiran,
                       serta  kriteria  dan  standard  yang  ditetapkan  untuk  penguasaan  murid  dalam
                       pembelajaran  mereka.  Pertimbangan  profesional  memerlukan  guru  membuat
                       keputusan berdasarkan analisis dan rumusan maklumat pembelajaran murid secara
                       beretika serta bertanggungjawab mengenai tahap penguasaan murid.

                       Rekod  berterusan  (running  record).  Catatan  terperinci  tentang  kejadian  mengikut
                       turutan masa. Catatan dalam bentuk cerita naratif yang di buat ke atas individu atau
                       kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang
                       diperkatakan  oleh  murid  akan  dicatat  sepanjang  pemerhatian.  Pemerhatian  yang
                       terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh lima hingga sepuluh minit. Catatan
                       dalam rekod berterusan merangkumi kemahiran, penggunaan bahan khasnya bahan
                       pembelajaran  serta  interaksi  murid  sama  ada  dengan  murid  lain,  bahan  atau
                       persekitaran mereka.




                                                            61
   264   265   266   267   268   269   270   271   272   273   274