Page 268 - BUKU PENGURUSAN SMK CHANIS 2019
P. 268

GLOSARI



                       Anekdot. Catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang
                       dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Anekdot ditulis selepas sesuatu
                       peristiwa, untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana ia berlaku. Penulisan
                       anekdot biasanya ringkas tetapi dapat menjelaskan sesuatu perkara.

                       Data  pentaksiran.  Maklumat,  fakta  atau  statistik  yang  dikumpulkan  sepanjang
                       pentaksiran untuk dianalisis atau dijadikan rujukan. Data pentaksiran terdiri daripada
                       data kualitatif (seperti maklumat tentang sikap murid) dan data kuantitatif (seperti
                       tahap penguasaan, skor dalam kuiz atau soalan latihan).

                       Instrumen  pentaksiran.  Alat  yang  digunakan  dalam  pentaksiran  untuk  mengumpul
                       bukti tahap penguasaan murid. Contoh instrumen pentaksiran ialah senarai semak,
                       skala kadar, soalan kuiz, kertas soalan latihan atau senarai soalan lisan.

                       Laporan Murid (Individu). Laporan tahap penguasaan murid secara individu dan dijana
                       secara  automatik  dalam  templat  pelaporan  PBD.  Laporan  ini  memaparkan  tahap
                       penguasaan murid dan tafsiran tahap penguasaan tersebut, mengikut kelompok yang
                       ditetapkan oleh mata pelajaran.

                       Moderasi.  Proses  penetapan  aspek  atau  kriteria  dalam  pentaksiran  yang
                       membolehkan  kepada  guru  berkongsi  pengalaman,  pengetahuan,  pemahaman
                       kurikulum  (Standard  Kandungan,  Standard  Pembelajaran  dan  Standard  Prestasi),
                       pedagogi serta pentaksiran bagi melaksanakan pertimbangan profesional. Proses ini
                       melibatkan membuat keputusan yang konsisten dalam mentaksir tahap penguasaan
                       murid. Moderasi dilaksanakan oleh guru mata pelajaran yang sama atau dalam Panitia
                       yang sama. Moderasi penting bagi mengurangkan jurang pertimbangan profesional
                       antara seorang guru dengan guru yang lain.

                       Pentaksiran formatif. Pentaksiran yang dijalankan secara berterusan sepanjang masa
                       PdP. Pentaksiran formatif bertujuan untuk mengesan perkembangan dan kemajuan
                       murid.  Maklumat  dari  pentaksiran  formatif  boleh  digunakan  oleh  guru  untuk
                       merancang  strategi  pengajaran  ke  arah  meningkatkan  pembelajaran  dan  tahap
                       penguasaan murid.

                       Pentaksiran rakan  sebaya.  Pentaksiran  yang  dilakukan  oleh  seorang  murid  ke  atas
                       rakannya berdasarkan ketetapan dan panduan yang diberikan oleh guru. Pentaksiran
                       ini memberi petunjuk kepada murid tentang perkembangan atau tahap penguasaan
                       mereka dalam pembelajaran. Kaedah ini memberi peluang kepada murid untuk belajar
                       dalam kumpulan, berkomunikasi antara satu sama lain dan melibatkan diri secara aktif
                       dalam proses pembelajaran dengan bertanggungjawab.







                                                            60
   263   264   265   266   267   268   269   270   271   272   273