Page 270 - BUKU PENGURUSAN SMK CHANIS 2019
P. 270

Rubrik.  Set  pernyataan  yang  menjadi  rangka  kerja  atau  panduan  untuk  mentaksir
                       murid, hasil kerja atau hasil pembelajaran mereka.

                       Senarai semak. Senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan
                       murid  dari  segi  pengetahuan,  kemahiran,  sikap  dan  kebolehan.  Senarai  item  yang
                       disediakan adalah untuk menyemak sama ada telah berlaku perubahan tingkah laku
                       atau dari segi kekerapan berlakunya sesuatu tingkah laku.

                       Skala  kadar.  Skala  yang  menunjukkan  darjah  kemajuan  dan  pencapaian  sesuatu
                       tingkah laku, kemahiran atau amalan murid. Skala yang digunakan boleh dinyatakan
                       dalam bentuk angka atau gred.

                       Standard Kandungan. Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui
                       dan  boleh  lakukan  dalam  suatu  tempoh  persekolahan  merangkumi  aspek
                       pengetahuan, kemahiran dan nilai.

                       Standard Pembelajaran. Suatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran
                       dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

                       Standard  Prestasi.  Suatu  set  kriteria  umum  yang  menunjukkan  tahap-tahap
                       penguasaan yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu
                       telah dikuasai murid.

                       Tahap  Penguasaan.  Satu  bentuk  pernyataan  pencapaian  yang  menunjukkan
                       perkembangan  pembelajaran  murid.  Terdapat  enam  tahap  penguasaan  yang
                       menunjukkan  aras  penguasaan,  disusun  secara  hierarki  dan  digunakan  bagi  tujuan
                       rujukan pencapaian dalam mata pelajaran.

                       Tahap penguasaan keseluruhan. Tahap penguasaan yang diberikan pada akhir  sesi
                       persekolahan.  Tahap  penguasaan  keseluruhan  ditentukan  oleh  guru  menggunakan
                       pertimbangan profesional berdasarkan Standard Prestasi, pengetahuan, pengalaman,
                       dan  interaksi  guru  dengan  murid  serta  perbincangan  rakan  sejawat  dalam  mata
                       pelajaran yang sama.

                       Tahap penguasaan minimum. Tahap penguasaan yang sepatutnya dicapai oleh semua
                       murid. Tahap penguasaan minimum ialah pada Tahap Penguasaan 3 iaitu murid boleh
                       menggunakan  pengetahuan  untuk  melaksanakan  sesuatu  kemahiran  atau  tugasan
                       pada sesuatu situasi.

                       Templat  pelaporan  PBD.  Tapak  pelaporan  PBD  yang  disediakan  mengikut  mata
                       pelajaran, Tahun/ Tingkatan dalam fail MS Excel dan digunakan oleh guru secara luar
                       talian. Templat pelaporan ini terdiri daripada lima halaman iaitu halaman Panduan,
                       Rekod Prestasi Murid, Laporan Murid (Individu), Data Pernyataan Tahap Penguasaan
                       dan Graf Pelaporan.





                                                            62
   265   266   267   268   269   270   271   272   273   274   275