Page 267 - BUKU PENGURUSAN SMK CHANIS 2019
P. 267

BAB 7                PENUTUP





                       PBD merupakan  satu komponen dalam PBS  yang dilaksanakan berterusan dalam PdP
                       untuk mengukuhkan pembelajaran dan penguasaan murid di samping meningkatkan
                       keberkesanan  pengajaran  guru.  Pelaksanaan  PBD  yang  berkesan  bukan  sahaja
                       menyumbang  kepada  suasana  pembelajaran  yang  menyeronokkan,  malah  ia  juga
                       merupakan kaedah pentaksiran yang autentik tanpa memberi tekanan kepada murid.
                       Pentaksiran formatif yang berterusan dan pentaksiran sumatif yang dilakukan adalah
                       untuk  memberi  fokus  kepada  perkembangan  dan  penguasaan  murid  dalam
                       pembelajaran dan bukanlah untuk tujuan persaingan.

                       Pelaksanaan  PBD  memerlukan  guru  memahami  Standard  Kandungan,  Standard
                       Pembelajaran dan Standard Prestasi di samping pelbagai kaedah pentaksiran. Murid
                       juga  perlu  dimaklumkan  tentang  aspek  atau  kriteria  yang  ditaksir.  Keadaan  ini
                       membolehkan  murid  ditaksir  dengan  adil  dan  dalam  keadaan  mereka  tahu  serta
                       bersedia untuk ditaksir. Laporan pentaksiran seperti Tahap Penguasaan murid juga
                       perlu dimaklumkan kepada murid dan ibu bapa agar semua pihak tahu dan seterusnya
                       boleh  mengambil  tindakan  susulan  yang  sesuai  ke  arah  meningkatkan  penguasaan
                       murid dalam pembelajaran mereka.

                       Pentaksiran merupakan sebahagian daripada PdP. Pentaksiran dalam bilik darjah ini
                       menyumbang kepada pembentukan modal insan yang holistik dan seimbang seperti
                       dihasratkan  oleh  Falsafah  Pendidikan  Kebangsaan.  Pelaksanaan  pentaksiran  yang
                       berterusan dalam bilik darjah diharap dapat diperkasakan dan dibudayakan oleh pihak
                       sekolah.  Pembudayaan  PBD  dalam  kalangan  guru  berupaya  menghasilkan  anjakan
                       kepada pendidikan yang tidak berorientasikan peperiksaan.
























                                                            59
   262   263   264   265   266   267   268   269   270   271   272