Page 166 - MANUAL PENGURUSAN
P. 166
MANUAL PENGURUSAN 2019
3.0 STRATEGI PERLAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 2019
1. Tenaga Pengajar (Guru)
1.1 Semua guru di sekolah ini adalah merupakan ibu bapa kedua (in loco parentis) kepada
semua murid.
1.2 Semua guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan Undang-undang pendidikan
(Legal Literacy), Undang-undang TORT (Law of TORT) yang bertujuan melindungi
kepentingan seseorang individu dalam keselamatannya, tanah milikannya,
sumber kewangannya, atau reputasinya serta perlunya keterangan “Prima Facie” bagi
berhadapan dengan kes-kes yang melibatkan semua warga sekolah terutama kes
disiplin murid.
1.3 Sumber pegangan rasmi yang mesti diketahui dan difahami oleh guru adalah:
1. Perlembagaan Persekutuan
2. Kanun Prosedur Jenayah
3. Perintah Am
4. Akta Kelakuan dan Tatatertib (1993)
5. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
6. Akta Kanak-Kanak 2001
7. Pekeliling-Pekeliling Berkaitan
8. Kes-Kes Mahkamah Yang Telah Diputuskan dan lain-lain
1.4 Semua Guru hendaklah membaca dan memahami tatacara Manual Pengguna
Pengurusan Sistem SalahLaku Disiplin Murid Versi 2.0 (SSDM 2.0) dan Panduan
Penggunaan SSDM 2.0.
1.2 Sentiasa mengutamakan kepentingan dan kebajikan murid dalam semua bentuk
tindakan dan keputusan yang dibuat.
1.3 Semua guru perlu melayan semua murid dengan adil, saksama, bertimbang rasa serta
penuh kasih sayang.
1.4 Semua tindakan guru adalah berkonsepkan “MENDIDIK BUKAN MENGHUKUM‟.
Mengikuti tatacara SSDM 2.0 dengan meningkatkan prestasi AMAL BAIK murid dan
menurunkan SALAH LAKU murid bagi kecemerlangan pembentukan sahsiah murid
untuk mencapai pembelajaran murid yang cemerlang.
1.5 Membudayakan guru supaya benar-benar dapat memainkan peranan sebagai GURU
DISIPLIN dan PEMBIMBING pada setiap masa bertepatan dengan kehendak
pekeliling dan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Kemasukan Murid.
2.1 Sekolah ini menerima kemasukan murid dari pelbagai kaum tanpa sekatan.
2.2 Setiap maklumat murid akan didaftarkan ke dalam buku rekod pendaftaran dan
Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan sentiasa memastikan data peribadi murid
dikemaskini dengan lengkap dan terkini.
2.3 Setiap murid akan ditempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi akademik.
2.4 Sekolah melaksanakan Program Hari Pendaftaran murid Tingkatan 1.
Aturcara Majlis:
2.4.1 Pengesahan pendaftaran.
2.4.2 Taklimat oleh pihak pentadbiran sekolah.
2.4.3 Penetapan kelas (Tingkatan 1 berdasarkan ujian Diagnostik).
2.4.4 Pengagihan buku Teks.
BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my 151