Page 170 - MANUAL PENGURUSAN
P. 170
MANUAL PENGURUSAN 2019
6.3 Murid-murid yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu melalui
jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di peringkat sekolah.
6.4 Pihak sekolah akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin memberikan
apa jua bentuk bantuan dan sumbangan kepada murid di sekolah ini.
6.5 Pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi murid yang bermasalah demi
menjaga maruah murid berkenaan.
6.6 Semua guru terutama guru kelas mesti sentiasa peka terhadap kemurungan, reaksi tidak
normal murid bagi mengesan masalah serius yang mungkin dihadapi oleh murid.
7. Pelaksanaan Sesi Kaunseling dan Motivasi.
7.1 Murid-murid yang menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak akan sentiasa
diberikan kaunseling dan dibimbing melalui aktiviti berikut:
7.1.1 Sesi kaunseling Individu.
7.1.2 Sesi kaunseling Berkelompok.
7.1.3 Kem Motivasi
7.1.4 Khemah Ibadat.
7.1.5 Lawatan khas guru kaunseling ke rumah.
7.2 Program sambutan hari istimewa seperti:
11.2.1 Hari Bapa.
11.2.2 Hari Ibu.
11.2.3 Hari Guru.
11.2.4 Hari Jadi Murid.
11.2.5 Hari Kanak-Kanak Sedunia.
11.2.6 Hari Warga Emas
8. Penggalakan Penyertaan Aktiviti Luar.
8.1 Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti luar bilik darjah, yang dianjurkan oleh
pelbagai pihak dengan mengikuti prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia dari pelbagai peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa seperti:
8.1.1 Menyertai pertandingan melukis dan mewarna.
8.1.2 Menyertai rombongan atau lawatan sambil belajar.
8.1.3 Menyertai pertandingan sukan dan permainan.
8.1.4 Menyertai pertandingan kokurikulum akademik.
9. Pelaksanaan Program 3K.
9.1 Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kebersihan, kesihatan dan
keselamatan dengan menerapkan kepada murid dan komuniti setempat.
9.2 Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan masyarakat
sekolah dan luar sekolah bagi mencapai matlamat bersama.
9.3 Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah seperti:
9.3.1 Program Kesedaran dan Kepimpinan Bebas Dadah – Ceramah Anti Dadah.
9.3.2 Pertandingan Melukis Poster.
9.3.3 Pertandingan Memasak Menu Sihat.
9.3.4 Kuiz Mingguan 3K.
9.3.5 Pameran Kesihatan dan Anti Merokok.
9.3.6 Gotong Royong Perdana dan Menanam Pokok.
9.3.7 Program Kitar Semula.
9.3.8 Program Ceramah PDRM.
9.3.9 Pemeriksaan Kesihatan Guru-Guru dan Staf Sokongan.
BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my 155