Page 172 - MANUAL PENGURUSAN
P. 172
MANUAL PENGURUSAN 2019
4.0 BIDANG TUGAS UNIT HAL EHWAL MURID
4.1 GURU KELAS
4.1.1 PENGURUSAN JADUAL KEDATANGAN PELAJAR (JKP)
1. Pengenalan
JKP merupakan dokumen rasmi yang penting dan sah dari segi perundangan dan kewangan.
Ia digunakan bagi merekod kedatangan murid setiap hari persekolahan dan sebagai rujukan
maklumat murid.
2. Objektif
2.1 Memberi pendedahan tentang cara mengurus dan mengendalikan Buku Jadual
Kedatangan Murid.
2.2 Menyelaras cara mengendalikan maklumat JKP.
3. Peraturan Pengurusan JKP dan Sistem e-HADIR
3.1 JKP perlu disimpan di tempat yang selamat (pejabat sekolah).
3.2 Di bawah jagaan guru kelas.
3.3 Ianya hanya boleh dibalut dengan pembalut lutsinar.
3.4 Murid tidak boleh mengambil, mencatat dan mengembalikan JKP ke pejabat.
3.5 Penggunaan sebarang jenis pemadam tidak dibenarkan. Jika berlaku kesilapan, sila
batalkan dan tandatangan.
3.6 Butir-butir di dalam JKP hendaklah ditulis terus dan tidak boleh disalin dari kertas
lain atau seumpamanya dengan alasan supaya bersih atau sebagainya.
3.7 Sekiranya berlaku kehilangan, guru kelas hendaklah membuat laporan kepada pihak
pengurusan untuk dibuat laporan polis.
3.8 JKP hendaklah diambil pada permulaan hari persekolahan dan dikembalikan ke
pejabat selewat-lewatnya waktu kedua berakhir.
3.9 Buku tersebut tidak boleh disimpan di atas meja guru atau di bawa balik ke rumah
dan mesti sentiasa berada di pejabat sekolah.
3.10 Semua ruangan pada setiap muka surat mestilah diisi dengan cermat dan betul.
3.11 Surat Jabatan Pelajaran Negeri yang membenarkan seseorang murid bukan
warganegara belajar di sekolah berkenaan hendaklah dicatatkan di ruangan catatan.
3.12 Tandakan Jadual Kedatangan ini dengan ballpen dakwat hitam. Hanya gunakan satu
warna sahaja bagi menulis keseluruhan maklumat.
3.13 Guru kelas bertanggungjawab menanda kehadiran kelas pada setiap hari dan
menyerahkan kehadiran murid kepada pembantu tadbir untuk kemasukan dalam
talian e-HADIR (Aplikasi Pengkalan Data Murid - APDM) dan menutup JKP pada
hari akhir setiap bulan.
3.14 Sekiranya guru kelas tidak hadir, guru pembantu bertanggungjawab
melengkapkannya. Sekiranya kedua-dua guru berkenaan tidak hadir, kerani pejabat
akan diminta untuk menjalankan tugas tersebut.
4. Maklumat Dalam Buku Jadual Kedatangan Murid
4.1. Muka depan
4.1.1 Isikan butiran di muka hadapan menggunakan huruf besar dengan jelas dan
terang.
4.2. Nombor Pendaftaran Murid
4.2.1 Ditulis pada setiap bulan dengan lengkap.
BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my 157