Page 173 - MANUAL PENGURUSAN
P. 173
MANUAL PENGURUSAN 2019
4.2.2 Nombor Pendaftaran Murid Rayuan Bersekolah Semula dari sekolah sama
perlulah menggunakan nombor pendaftaran asal.
4.3. Nama Penuh
4.3.1 Mengikut nama seperti dalam Kad Pengenalan dan ditulis dengan HURUF
BESAR mengikut abjad bagi setiap bulan.
4.3.2 Jika ada murid yang baru mendaftar atau murid rayuan bersekolah semula,
tuliskan nama murid tersebut di bahagian bawah nama murid yang sedia ada.
4.4. Jantina
4.4.1 Tuliskan „L‟ atau „P‟ bagi setiap murid.
5. Cara Menanda Kehadiran
5.1 Tandakan „/‟ sekiranya murid hadir.
5.2 Tandakan „O‟ sekiranya murid tidak hadir tanpa sebab.
5.3 Tandakan „S‟ dalam bulatan sekiranya tidak hadir bersebab (surat pengesahan
/makluman lisan atau media daripada ibu bapa/penjaga atau sijil sakit).
5.4 Tandakan „L‟ dalam bulatan sekiranya murid lewat dan murid ini dikira hadir.
5.5 Tandakan „K‟ dalam bulatan sekiranya murid mewakili sekolah dalam aktiviti
KoKurikulum dan dikira hadir.
5.6 Tandakan „G‟ dalam bulatan sekiranya murid digantung persekolahan dan dikira
tidak hadir.
5.7 Jika seseorang meninggalkan kelasnya sebelum cukup dua jam dia berada di dalam
kelas itu maka kedatangannya hendaklah tandakan sebagai murid yang tidak hadir.
5.8 Hari cuti kelepasan hendaklah ditandakan di ruangan berkenaan.
5.9 Jumlah kedatangan dan jumlah murid tidak hadir hendaklah dicatatkan pada akhir
waktu persekolahan.
6. Hitung Panjang Kedatangan
6.1 Jumlah kedatangan murid yang sebenarnya dibahagikan dengan bilangan hari belajar.
Jika ada perpuluhan hendaklah digenapkan atau dibundarkan.
7. Peratus Kedatangan
x 100 = Peratus Kedatangan
(satu tempat perpuluhan)
8. Hitung Panjang Bilangan Murid
8.1 Jumlah kedatangan murid yang sepatutnya dibahagi dengan bilangan hari belajar. Jika
hasilnya adalah dalam perpuluhan maka hendaklah dibundarkan atau digenapkan.
9. Jumlah Murid Dalam Daftar Hujung Bulan Lepas
9.1 Bagi bulan Januari, tandakan “–“.
9.2 Bagi bulan-bulan selepas Januari, isikan bilangan murid dalam kelas pada hujung
bulan lepas.
10. Jumlah Murid Yang Masuk
10.1 Untuk bulan Januari bilangan murid ialah jumlah murid yang ada dalam jadual
kedatangan.
BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my 158