Page 176 - MANUAL PENGURUSAN
P. 176
MANUAL PENGURUSAN 2019
4.2 UNIT DISIPLIN
PENGENALAN
Perancangan ini bertujuan sebagai garis panduan kepada unit disiplin bagi memastikan segala
perancangan yang diatur dapat dilaksanakan seperti yang dirancang pada tahun ini.
OBJEKTIF:
1. Memastikan setiap murid dapat melaksanakan tanggungjawab dan mematuhi setiap arahan
peraturan yang telah ditetapkan.
2. Mencapai matlamat Perancangan Strategik sekolah.
3. Memastikan Pengurusan unit disiplin akan lebih teratur dan efektif mengikut SKPMg2
4. Memastikan pengurusan disiplin mengikut tatacara Sistem Sahsiah Diri Murid Versi 2.0
(SSDM 2.0) yang perlu direkodkan.
5. Melahirkan murid yang mempunyai sahasiah yang terpuji dengan sifat kepimpinan yang
terlatih.
SASARAN:
1. Semua warga akademik dan bukan akademik sekolah.
2. Semua pengawas sekolah.
3. Semua murid sekolah.
4. Semua ibubapa dan penjaga murid.
JANGKAMASA:
1. Sepanjang tahun berdasarkan program yang dilaksanakan dalam takwim.
STRATEGI:
1. Mengenal pasti, menemuduga dan memilih murid sebagai pengawas dan Kelab Cegah
Jenayah
2. Orientasi dan pelantikan Pengawas dan Kelab Cegah Jenayah.
3. Ceramah disiplin dan kempen bagi mematuhi disiplin dan peraturan sekolah.
4. Operasi pemeriksaan disiplin murid.
5. Penerangan dan peringatan mengenai peraturan sekolah.
6. Mengadakan mesyuarat bagi memastikan tugasan dibuat dengan terancang.
7. Mengadakan mesyuarat bulanan diantara pengawas dan guru pengawas untuk
membincangkan masalah disiplin.
SENARAI TUGAS:
1. Menyelaras rekod-rekod disiplin murid dan menyediakan laporan-laporan yang diperlukan
oleh Jabatan Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah, ibu bapa dan pihak-pihak yang berkenaan
mengikuti SKPMg2 dan Instrumen Pemantauan HEM.
2. Membimbing dan menjadi penasihat kepada Pengawas dan Kelab Cegah Jenayah dan
tugasan mereka.
3. Mengatur program yang berkaitan dengan disiplin di peringkat sekolah seperti:
BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my 161