Page 175 - MANUAL PENGURUSAN
P. 175
MANUAL PENGURUSAN 2019
yang mudah dilihat berserta ruangan Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan
Pembelajaran.
4. Guru Kelas dengan dibantu oleh Ketua Kelas hendaklah memastikan semua kerusi dan meja
murid mencukupi. Perabot yang rosak atau tidak sesuai digunakan hendaklah dimaklumkan
kepada pengurusan sekolah (Unit Perabot) untuk diambil tindakan.
5. Kebersihan Kelas:
5.1 AJK Kebersihan hendaklah memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan.
5.2 Setiap guru yang masuk ke kelas mestilah memastikan keadaan dalam kelas sentiasa
bersih dan teratur sebelum mula mengajar atau menggantikan guru dan juga sebelum
keluar dari kelas berkenaan.
5.3 AJK Kebersihan Kelas hendaklah memastikan sampah di dalam laci meja murid
dan di dalam bakul sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari.
5.4 Sebelum meninggalkan kelas, semua murid hendaklah memastikan kerusi dan meja
dalam keadaan kemas dan teratur.
5.5 Ketua Kelas hendaklah memastikan suis lampu dan kipas dimatikan sebelum
meninggalkan kelas.
5.6 Ketua Kelas hendaklah memastikan pintu kelas ditutup.
6. Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi tanggungjawab
Ketua Kelas untuk melaporkan kepada Guru Kelas jika hilang atau rosak.
7. Guru Kelas hendaklah mengambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut:
7.1 Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan
selamat digunakan.
7.2 Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada pihak pentadbir.
7.3 Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas menjalankan tugas.
8. Susun atur kelas adalah mengikut ciri-ciri Kelas Abad Ke-21.
4.1.3 PENGURUSAN SSDM 2.0
1. Semua Guru Kelas hendaklah membaca dan memahami tatacara Manual Pengguna
Pengurusan Sistem Salah Laku Disiplin Murid Versi 2.0 (SSDM 2.0) dan Panduan
Penggunaan SSDM 2.0.
2. Guru Kelas hendaklah mengambil perhatian terhadap Salah Laku Disiplin Murid dan
Amal Baik Murid kelas yang didapati dalam SSDM 2.0 serta memberi bimbingan dan
anugerah pengiktirafan kepada sahsian murid yang bertambah baik.
3. Guru Kelas bertanggungjawab membantu Jawatan Kuasa Disiplin untuk menghubungi
ibu bapa mengenai kes salah laku dan prestasi amal baik murid kelasnya.
4. Guru Kelas bertanggungjawab membantu Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk
memberi bimbingan dan aktiviti meningkatkan sahsiah murid kelasnya.
5. Guru Kelas bertanggungjawab memberi kerjasama pada semua guru mengenai prestasi
sahsiah murid kelasnya.
6. Guru kelas boleh mendapatkan maklumat SSDM 2.0 murid kelasnya daripada Ketua
Guru Disiplin dan bertindak dengan berhemah serta menutupi keaiban murid.
BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my 160