Page 179 - MANUAL PENGURUSAN
P. 179
MANUAL PENGURUSAN 2019
JANGKA MASA:
1. Sepanjang tahun.
STRATEGI:
1. Menghebahkan tentang kesan buruk akibat dadah dan penghiduan gam (inhalan).
2. Mengadakan ceramah dan pameran berkenaan dadah dan inhalan.
3. Mewujudkan Sudut PPDa.
4. Membantu memberi khidmat nasihat kepada murid yang terlibat dengan penyalahgunaan
dadah dan inhalan.
5. Menyediakan murid menyertai program dan aktiviti PPDa di peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan.
6. Berkerjasama dengan JK Kelab Pencegahan Jenayah dari Unit Disiplin.
SENARAI TUGAS:
1. Menyelaras, merancang, melaksana, dan menilai semua program dan aktiviti Pendidikan
Pencegahan Dadah di peringkat sekolah.
2. Mengawalselia perkembangan masalah dadah semasa di sekolah dengan mengumpul data
dan segala maklumat terkini dalam semua aspek tentang Pendidikan Pencegahan Dadah.
3. Mengadakan hubungan yang erat dengan semua unit yang ada di sekolah termasuk guru
dan murid.
4. Menganjurkan kursus, seminar, bengkel, dan lain-lain program/aktiviti Pendidikan
Pencegahan Dadah untuk murid, guru, kakitangan dan ibu bapa (PIBG).
5. Mengesan dan menangani masalah dadah di kalangan warga sekolah.
6. Menyediakan laporan lengkap warga sekolah yang terlibat dengan dadah/inhalan.
7. Bekerjasama erat dengan PPD, JPN, KPM dan agensi-agensi lain untuk menangani masalah
di sekolah.
8. Menjalankan tugas yang diarah oleh Pengetua dari masa ke semasa.
9. Mengadakan mesyuarat AJK sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
10. Membuat laporan setiap program yang dilaksanakan untuk didokumentasikan dan
melengkapkan Jadual 5 Perancangan Strategik Unit HEM.
4.3.2 JAWATANKUASA PROGRAM BUDAYA PENYAYANG
PENGENALAN:
Program Budaya Penyayang yang berkonsepkan guru penyayang dan sekolah penyayang di
semua sekolah telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 15 Mei 2012.
Program ini membolehkan guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.
Guru sebagai „role model‟ dalam membudayakan sikap kasih sayang demi memastikan murid-
murid seronok belajar dan menganggap sekolah adalah seperti rumah keduanya, juga bertindak
sebagai agen untuk melahirkan modal insan cemerlang, selain sebagai penjana kepada
perubahan murid sama ada pemikiran, tingkah laku, keluhuran hati budi dan pertumbuhan
fizikal.
MATLAMAT:
1. Membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.
2. Mewujudkan sekolah penyayang atau sekolah tanpa takut.
3. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my 164