Page 182 - MANUAL PENGURUSAN
P. 182
MANUAL PENGURUSAN 2019
2.4 PROSAZ - RAW
3. Mengedarkan borang permohonan bantuan KWAPM kepada pelajar yang dikenalpasti
layak.
4. Kriteria dan syarat kelayakan bantuan KWAPM (SM/2018) adalah pada kadar:
4.1 Pendapatan isi rumah - RM930.00
4.2 Perkapita - RM230.00
5. Mengadakan mesyuarat memilih pelajar yang layak mendapat bantuan KWAPM.
6. Merancang program untuk mengutip sumbangan di samping meningkatkan keprihatinan
pelajar terhadap kebajikan.
7. Menubuhkan Tabung Kebajikan Pelajar.
8. Menggalak murid-murid supaya menabung dan perlu adakan hari untuk menabung dengan
meminta kerjasama daripada pihak bank simpanan yang berhampiran seperti:
8.1 Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH).
8.2 Bank Simpanan Nasional.
8.3 Bank Rakyat
9. Membuat laporan setiap program yang dilaksanakan untuk didokumentasikan dan
melengkapkan Jadual 5 Perancangan Strategik Unit HEM.
4.5 JAWATANKUASA PIBG/KOMUNITI
PENGENALAN:
SARANA merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam
pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan masa hadapan
negara. Sarana terdiri dari dua (2) iaitu Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa. Perancangan ini
lebih menjurus kepada Sarana Ibu Bapa.
MATLAMAT:
1. Sarana penglibatan sekolah dengan ibu bapa dan komuniti bertujuan memperkenalkan
sekolah kepada enam (6) elemen yang akan menyokong sistem pembelajaran.
2. 6 Elemen itu ialah:
2.1 iklim sekolah;
2.2 komunikasi berkesan;
2.3 sokongan terhadap kejayaan murid;
2.4 tanggungjawab bersama;
2.5 keputusan bersama; dan
2.6 kerjasama dengan komuniti.
3. Elemen-elemen tersebut, apabila dilaksanakan dengan sempurna akan meningkatkan
penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak mereka dan juga penglibatan ibu bapa dan
komuniti dengan sekolah.
OBJEKTIF:
1. Meningkatkan keyakinan guru mengajar.
2. Meningkatkan pencapaian pembelajaran murid.
3. Meningkatkan peranan ibu bapa dalam penyokong program sekolah.
4. Mengurangkan kes disiplin di kalangan murid.
5. Menjaga hubungan baik antara pentadbir, guru dan ibu bapa.
BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my 167