Page 187 - MANUAL PENGURUSAN
P. 187
MANUAL PENGURUSAN 2019
12.4 mengemaskini inventori SPBT;
12.5 mengisi borang maklumat kekurangan/lebihan buku ke PPD.
13. Cadangan Buku Bacaan Tambahan:
13.1 mendapatkan maklumat daripada Ketua Panitia/Guru Kanan Mata Pelajaran;
13.2 merekodkan dan menyimpan buku-buku bacaan tambahan;
13.3 memaklumkan kepada Pengetua/Penolong Kanan HEM.
14. Menyediakan senarai buku teks bagi setiap kelas untuk diedarkan kepada pelajar yang tidak
mendapat pinjaman buku teks (jika perlu).
15. Mengadakan mesyuarat AJK sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
16. Membuat laporan setiap program yang dilaksanakan untuk didokumentasikan dan
melengkapkan Jadual 5 Perancangan Strategik Unit HEM.
4.8 JAWATANKUASA PROGRAM KEBERSIHAN, KESELAMATAN
DAN KESIHATAN ( 3K )
PENGENALAN:
Program 3K yang dilancarkan di peringkat sekolah merangkumi skop kebersihan, kesihatan dan
keselamatan. Program 3K ini telah berjaya memberikan impak yang positif terhadap sahsiah,
persekitaran sekolah, prestasi akademik dan kehadiran murid ke sekolah. Bagi mencapai
matlamat murid yang berketrampilan unggul, Kementerian Pelajaran Malaysia menubuhkan
jawatankuasa induk 3K di setiap peringkat sekolah di Malaysia. Program 3k juga termasuk
dalam Program Dasar Sekolah Selamat, KPM.
OBJEKTIF:
1. Membina kesedaran diri dan persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat.
2. Melahirkan modal insan yang berkeperibadian unggul dan amalan berkekalan dalam aspek
kebersihan, kesihatan dan keselamatan.
3. Menjalani gaya hidup yang sihat sebagai budaya yang berterusan.
SASARAN:
1. Semua warga sekolah.
JANGKA MASA:
1. Sepanjang tahun.
STRATEGI:
1. Program 3K memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat dijalankan di samping
mewujudkan budaya hidup yang sihat, selamat dan bersih di sekolah.
2. Mengadakan mesyuarat AJK sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
3. Membuat laporan setiap program yang dilaksanakan untuk didokumentasikan dan
melengkapkan Jadual 5 Perancangan Strategik Unit HEM.
SENARAI TUGAS:
1. JK INDUK 3K
1.1 Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa 3K peringkat sekolah 4 kali setahun.
1.2 Merancang dan mengemaskini Program 3K peringkat sekolah.
BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my 172